awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan bomba masuk ke IWK Pantai Dalam

Faida Rahim
Faida Rahim
24/08/2024
04:15 MYT
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan bomba masuk ke IWK Pantai Dalam
Sepasukan anggota bomba dilihat masuk ke Unit Operasi Kuala Lumpur, IWK Pantai Dalam pada jam 11.06 pagi ini. - Gambar/ Astro AWANI
PANTAI DALAM: Pasukan penyelamat mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, hari ini memfokuskan pencarian pada kawasan saluran kumbahan di bawah tanah.
Difahamkan, kawasan pencarian yang bermula di lokasi kejadian turut diperluaskan sepanjang saluran kumbahan itu sejauh beberapa kilometer (km) yang akan berakhir di Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsultiom (IWK) Pantai Dalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, sebelum ini berkata pasukan SAR telah melakukan pencarian 100 peratus di lokasi wanita itu terjatuh sehingga tengah malam tadi, namun belum berhasil menemukan mangsa.
Justeru katanya, IWK akan membuka semua pintu injap di dalam saluran kumbahan sepanjang tujuh km bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
"Pasukan SAR perlu masuk ke dalam ini melalui saluran kumbahan. Mereka akan masuk ke dalam saluran IWK satu persatu dan kalau kita tengok saluran ini kumbahan (berakhir) di Pantai Dalam,” katanya malam tadi.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI mendapati, sebuah jentera bomba dilihat masuk ke Unit Operasi Kuala Lumpur, IWK Pantai Dalam pada jam 11.06 pagi ini.
Namun begitu, cubaan Astro AWANI untuk masuk ke lokasi tidak berjaya apabila pihak keselamatan memaklumkan menerima arahan daripada pengurusan tidak membenarkan pengamal media membuat liputan di dalam premis.
Dalam kejadian pagi semalam, mangsa, Jayaletchumy, 48, dilapor tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter di kawasan Jalan Masjid India dan belum dijumpai sehingga kini.
Operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada 12.30 tengah malam tadi kerana hujan lebat dan persekitaran gelap yang memberi kesukaran kepada usaha mencari mangsa.
Operasi SAR selama 17 jam pada Jumaat hanya menemukan sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#operasi sar
#saluran kumbahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan