awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Kementerian Pertahanan akan dibangunkan untuk tujuan pertanian

Israr Khalid
Israr Khalid
31/05/2016
04:39 MYT
Tanah Kementerian Pertahanan akan dibangunkan untuk tujuan pertanian
HISHAMMUDDIN: Ia dapat menjadi sokongan sekiranya faktor lain seperti bencana alam menggugat keselamatan makanan di negara ini. - Gambar fail
Kementerian Pertahanan akan memajakkan tanah-tanah miliknya yang terbiar bagi tujuan pembangunan pertanian untuk memastikan bekalan makanan yang berterusan.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau melihat masalah kekurangan bekalan makanan turut menjadi faktor yang memberi kesan kepada keselamatan serantau.
Kekurangan bekalan akan mendorong kepada kenaikan harga melampau yang seterusnya mampu meningkatkan risiko keruntuhan demokratik sesebuah negara atau wilayah apabila rakyat merusuh, protes dan wujud konflik masyarakat.
"Selain daripada ancaman pengganas, serangan siber, konflik perebutan wilayah dan bencana alam, faktor kekurangan makanan juga perlu diambil berat.
"Ia mungkin bukan penyebab utama, jarang sekali menjadi satu-satunya penyebab konflik, tetapi apabila digabung bersama faktor lain seperti dalam ruang lingkup politik atau ekonomi, ia boleh menjadi faktor menentukan tercetusnya sesuatu konflik," jelasnya dalam ucapan pada hari kedua sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-30 di sini hari ini.
Hishamuddin mencadangkan antara tumbuhan yang boleh dibangunkan di tanah-tanah tersebut adalah padi, jagung atau kelapa sawit yang merupakan sumber makanan asas.
Bagaimanapun ia terpulang kepakaran badan terlibat dalam industri infrastruktur dan turut memaklumkan pihaknya juga bercadang berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani bagi tujuan itu.
Selain makanan, Hishamuddin turut menekankan aspek pertahanan siber di mana terdapat keperluan besar dalam memastikan kemapanan infrastruktur teknologi maklumat (IT) di samping infrastruktur fizikal.
Ia memerlukan kerjasama negara serantau dalam membangunkan infrastruktur pertahanan IT yang kukuh dan berupaya menghalang sebarang ancaman.
Berhubung isu perebutan wilayah di Laut China Selatan, Hishammuddin menegaskan bahawa perlunya kesepaduan semua supaya ia tidak memburuk dan membuka ruang kepada kemasukan kuasa luar.
Katanya, Malaysia yakin tatalaku (Code Of Conduct) adalah cara terbaik menguruskan pertikaian wilayah maritim itu dan menggesa negara-negara terlibat berpegang kepada Deklarasi Kelakuan yang selaras dengan prinsip dan undang-undang antarabangsa.
"Kita menyeru semua negara terlibat agar mengekalkan diplomasi dan menyelesaikan perbezaan secara aman menerusi pelbagai platform seperti ASEAN," katanya.
Topic Berkaitan
#bekalan makanan berterusan
#Hishammuddin Hussein
#Kementerian Pertahanan
#pajak tanah
#pembangunan pertanian
#Regional Security in the Asia-Pacific: Present State and Future Trajectories
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan