awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia di rumah, dipercayai lebih seminggu
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap: Longkang berlubang punca hakisan, MPAJ laksana kerja pembaikan

Bernama
Bernama
05/09/2024
08:30 MYT
Tanah mendap: Longkang berlubang punca hakisan, MPAJ laksana kerja pembaikan
Penduduk flat berkenaan menyatakan kebimbangan ekoran kejadian tanah mendap yang semakin kerap berlaku di kawasan itu. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kejadian longkang berlubang dikenal pasti sebagai punca berlaku hakisan yang seterusnya menyebabkan mendapan di salah sebuah rumah di Blok D, Flat PKNS Taman Keramat Permai di sini.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penemuan itu diperolehi selepas lawatan teknikal oleh Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan dan Seni Bina serta Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ ke lokasi kejadian semalam.
MPAJ pada lawatan itu juga mengenal pasti beberapa kerosakan lain dan MPAJ akan melakukan kerja pembaikan di kawasan terlibat untuk keselamatan penduduk.
"Kerja yang akan dilaksanakan melibatkan pembaikan longkang dan mendapan tanah serta pembaikan struktur lantai. Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan dalam masa terdekat dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu," menurut kenyataan itu.
Selasa lepas, Bernama melaporkan kerisauan penduduk flat berkenaan ekoran kejadian tanah mendap yang semakin kerap berlaku, menimbulkan kebimbangan kepada lebih 2,000 penduduk di situ.
Penduduk mendakwa kejadian terbaru berlaku pada 20 Ogos lepas apabila koridor tingkat bawah di bahagian belakang sebuah unit rumah di Blok D flat berkenaan mendap sepanjang hampir dua meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah mendap
#Flat PKNS Taman Keramat Permai
#hakisan tanah
#MPAJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan