KUALA SELANGOR :Seramai 67 pekerja daripada dua syarikat di Bestari Jaya dekat sini dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang selepas berlaku tanah mendap di sebuah kawasan lapang berhampiran premis berkenaan pada petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.50 petang semalam itu, berlaku tanah mendap sedalam 10 meter (m) dengan berkeluasan 500m x 100m berhampiran Jalan PKPS di Kampung Bestari Jaya dekat sini.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 6.51 petang dan tujuh anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, JBPM Selangor diberitahu bahawa terdapat seorang mangsa tertimbus akibat tanah mendap berkenaan, bagaimanapun selepas melakukan kiraan pekerja di dua premis berhampiran didapati tiada mangsa hilang atau tertimbus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Hafisham pemeriksaan pihaknya mendapati masih berlaku runtuhan kecil dan mendapan dan turut dikesan satu rekahan sedalam 10m di kawasan tanah mendap berkenaan.
Kata Hafisham lagi oleh itu pihak JBPM Selangor dan pihak polis telah menasihati agar operasi di dua premis itu diberhentikan sementara waktu dan para pekerja yang tinggal di asrama berhampiran lokasi tanah mendap dipindahkan ke PPS SK Rantau Panjang.
"JBPM Selangor telah menjalankan kerja-kerja sanitasi di sekolah berkenaan sebelum para pekerja ladang ternak ayam itu dipindahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 16 2021

Pemeriksaan pihaknya mendapati masih berlaku runtuhan kecil dan mendapan dan turut dikesan satu rekahan sedalam 10m di kawasan tanah mendap berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

Penduduk bimbang tanah mendap makin melebar
Kejadian tanah mendap di kawasan itu pada Oktober tahun lalu itu membimbangkan penduduk berikutan ia turut melibatkan rekahan di jalan raya yang mungkin boleh menjejaskan kediaman mereka.

Jalan Kenyir-Aring ditutup akibat tanah mendap
Setakat ini terdapat dua laluan ditutup kerana tanah mendap di Hulu Terengganu.

Laluan ditutup akibat tanah mendap di Kuantan
Siasatan awal mendapati, jambatan di lorong berkenaan runtuh akibat paip air pecah sehingga menyebabkan tanah mendap.

Tanah mendap: Sebuah rumah runtuh, lapan tidak selamat didiami
Kejadian terbabit tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan jumlah mangsa yang terlibat masih dalam siasatan.

336 besi cerucuk stabilkan pergerakan tanah
Ia melibatkan pemasangan besi cerucuk setinggi 12 meter di sepanjang 135 meter kawasan tanah yang terjejas.

Rekahan baharu dikesan di lokasi tanah mendap
Perkara itu telah dimaklumkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk kerja membaik pulih jalan berkenaan.

Tanah mendap: Kita tak pernah belajar daripada kesilapan lalu - Pakar geokejuruteraan
Kegagalan lepas sepatutnya dikaji dan diteladani supaya menjadi panduan untuk tindakan susulan yang dapat menghindar bencana dengan lebih baik di masa depan.

Tanah mendap: Polis kawal ketat, rondaan berkala di premis perniagaan di Serdang
Polis akan mengawal ketat dan melakukan rondaan berkala di premis perniagaan sekitar lokasi tanah mendap di Jalan LP 1A/2, Seri Kembangan di sini semalam bagi mengelakkan kejadian jenayah.

Tanah mendap di Serdang: MBSJ pasang cerucuk besi elak runtuhan
Pemasangan cerucuk besi itu sebagai langkah keselamatan berikutan masih berlaku pergerakan tanah di lokasi berkenaan.

Pernah mengadu bimbang tanah mendap namun tiada tindakan - Peniaga
Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selepas kejadian pertama berlaku pada 2017 dan tragedi semalam merupakan kali kedua.