awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Bomba keluarkan plot lokasi 30 mangsa ditemui

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2022
09:43 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Bomba keluarkan plot lokasi 30 mangsa ditemui
Suasana di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus akibat tragedi tersebut ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan plot lokasi 30 mangsa yang ditemui dalam kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat.
Mengikut plot yang diberikan kepada media, 19 mangsa ditemui di sektor A (Hill View), manakala 10 mangsa ditemui di sektor C (River Side), dan seorang mangsa ditemui di sektor B (Farm View).
Sementara di sektor D, iaitu Green House, tidak menjumpai mana-mana mangsa yang terlibat.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki di sektor C sedang dijalankan pasukan SAR.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari ke-8, pencarian mangsa terakhir diteruskan
Memasuki hari kelapan, beberapa jengkaut dilihat keluar daripada lokasi kejadian, begitu juga unit pengesan anjing K-9.
Plot lokasi mangsa ditemui.
Plot lokasi mangsa ditemui.
Pada sebelah pagi, keadaan cuaca baik dan cerah, bagaimanapun menjelang jam 5 petang, hujan mulai renyai.
Sehingga kini, 30 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian sejak Jumaat lalu, seorang lagi mangsa masih hilang, dan 61 lagi mangsa disahkan selamat.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#JBPM
#plot lokasi
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan