awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui kedalaman 7 meter - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
22/12/2022
05:17 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Empat mayat mangsa ditemui kedalaman 7 meter - Polis
Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat. - JBPM
HULU SELANGOR: Empat mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat di Sektor C, kawasan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada kedalaman tujuh meter.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, keempat-empat mayat mangsa ke-27, 28, 29 dan 30 itu ditemui dalam bungkusan khemah.
"Perkembangan terkini jam 11.04 pagi, pasukan agensi penyelamat bersama agensi agensi lain telah berjaya menjumpai empat mayat dalam kedalaman tujuh meter di Sektor C.
"Mangsa dipercayai berada dalam satu lokasi di Sektor C. Kesemua mayat yang berada di dalam bungkusan khemah itu telah dibawa keluar.
"(Mayat) mangsa masih berada dalam keadaan yang sempurna dan berpakaian tetapi sudah mula mereput," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pada petang Khamis.
Tambah Suffian, mayat kesemua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
"Berharap ada perkembangan positif yang berlaku hari ini, berharap keadaan cuaca dapat membantu kita," katanya lagi.
Sehingga kini, angka korban dalam tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm meningkat kepada 30 orang, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan