awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Father's Organic Farm ucap takziah

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2022
08:43 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Father's Organic Farm ucap takziah
Pengurusan Father's Organic Farm menzahirkan simpati kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR: Pengurusan Father's Organic Farm mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.
Pada masa sama, pengurusan ladang organik itu turut berkongsi rasa dukacita dan simpati mereka terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.
"Hati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana.
"Kami juga mendoakan mangsa yang terselamat sembuh sepenuhnya dan jaga diri baik-baik," kata Father’s Organic Farm dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook mereka, hari ini.
Father's Organic Farm turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat kesemua mangsa.
"Akhirnya, kami dengan rendah hati tunduk kepada semua yang terkesan akibat tragedi ini," jelas pengurusan Father’s Organic Farm.
Selepas tiga hari kejadian menyedihkan itu berlaku, pihak berkuasa masih mengesan sembilan lagi mangsa yang hilang, sementara 24 nyawa lain terkorban, daripada keseluruhan 94 yang terbabit dalam tragedi itu.
Tragedi tanah runtuh itu berlaku pada pukul 2.42 pagi Jumaat lalu di sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Genting - Batang Kali.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#mayat mangsa
#Hospital Sungai Buloh
#Father's Organic Farm ucap takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan