HULU SELANGOR: Identiti kesemua 21 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, mereka yang terkorban ditemukan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Seramai 21 mangsa (terkorban) yang kita jumpa itu semuanya tiada dokumen.

“Sekarang mereka Hospital Sungai Buloh dan sedang mencari waris mangsa yang hilang untuk membuat pengecaman,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Suffian menambah arahan bedah siasat mangsa yang terkorban telah dikeluarkan pada Jumaat.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR fokus dua tapak perkhemahan, guna jentera berat

Terdahulu, seramai 135 petugas operasi dan menyelamat (SAR) yang pakar dengan kejadian tanah runtuh dikerah ke lokasi runtuhan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, selain memastikan keselamatan pasukan bertugas.

Tragedi Batang Kali | Polis mencari ahli keluarga 21 mangsa yang terkorban


Setakat malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan tanah di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, manakala 12 orang lagi masih hilang.

Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat.