awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-16 dibawa keluar dari HSB

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2022
02:51 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ke-16 dibawa keluar dari HSB
Kenderaan Pusat Peringatan Nirvana dilihat berada di Hospital Sungai Buloh pagi ini bagi membawa keluar salah satu mayat mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto Astro AWANI
BATANG KALI: Mayat ke-16 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali dibawa keluar menaiki kenderaan Pusat Peringatan Nirvana kira-kira pukul 10.25 pagi ini, selepas selesai proses bedah siasat.
Dengan perkembangan terbaru ini, lapan lagi mayat dipercayai masih ditempatkan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB), di sini, setakat ini.
Bagaimanapun, identiti penuh mangsa yang dibawa keluar, dipercayai seorang individu dewasa, tidak dapat dipastikan.
Ini kerana, pihak media yang berkampung di perkarangan jabatan itu sejak pukul 8 pagi setakat ini tidak menerima sebarang maklumat daripada kakitangan hospital mahupun pihak pengurusannya.
Awal pagi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands.
Setakat petang semalam, seramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu, 61 selamat dan sembilan masih hilang.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#mayat mangsa tanah runtuh
#Hospital Sungai Buloh
#tragedi Batang Kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan