HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketujuh disambung semula selepas ditangguhkan sementara akibat hujan lebat pada petang Khamis.

Pemerhatian Astro AWANI mendapati pasukan SAR mula memasuki kawasan pencarian kira-kira jam 4.00 petang.

“Kita mula bang, kita teruskan usaha sampai jumpa.

“Kami tidur tak lena selagi tak jumpa,” kata salah seorang petugas secara ringkas ketika ditemui.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: 30 mangsa ditemui setakat ini, tiga masih hilang

Operasi hari ketujuh melibatkan 128 petugas pelbagai agensi, dibantu 11 jengkaut tanah serta sembilan unit anjing pengesan K-9.