awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Proses bedah siasat empat mangsa selesai - Polis

Bernama
Bernama
23/12/2022
12:39 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Proses bedah siasat empat mangsa selesai - Polis
Ketua Polis Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat kempat-empat mangsa insiden berkenaan juga telah dituntut waris. - Gambar fail/BERNAMA
BATANG KALI: Proses bedah siasat melibatkan empat mangsa korban tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm yang ditemui semalam, telah selesai.
Ketua Polis Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata mayat kempat-empat mangsa insiden berkenaan juga telah dituntut waris.
"Buat masa ini nama mangsa tidak boleh didedahkan kerana siasatan masih dibuat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa terakhir, yang bersambung pada pukul 8 pagi tadi, masih belum menemui sebarang petunjuk positif.
SAR itu disertai 97 pegawai dan anggota diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan dibantu polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam, dengan usaha pengesanan turut dibantu sembilan ekor anjing pengesan K9, katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari ke-8, pencarian mangsa terakhir diteruskan
Tragedi tanah runtuh berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas, 16 Dis itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.
Suffian berkata sebanyak 11 jentera berat juga digunakan di lokasi pencarian untuk mengesan mangsa terakhir.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#proses bedah siasat
#mangsa korban
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan