awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Sembilan maut, 25 masih tertimbus - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/12/2022
03:20 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Sembilan maut, 25 masih tertimbus - Polis
Anggota penyelamat dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali. - Foto Facebook/Saluddin Ismail
GENTING HIGHLANDS: Seramai sembilan mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali, Genting Highlands, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, seramai 25 mangsa lagi masih tertimbus dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.
"Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 94 dan semuanya warga tempatan termasuk pekerja di tapak perkhemahan tersebut.
"Kejadian tanah runtuh melibatkan tiga kawasan iaitu di Jalan Batang Kali- Gohtong Jaya, iaitu di River Hill Top, FarmView dan Riverside.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: PM, TPM, menteri akan turun padang
"Kesemua mangsa dipercayai masuk pada Rabu lepas untuk menjalankan aktiviti perkhemahan dan hanya satu syarikat yang mengendalikan operasi di tapak ini," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.
Sementara itu, Suffian berkata, seramai 394 anggota dan pegawai daripada 15 agensi sedang giat menjalankan operasi mengesan mangsa yang masih tertimbus.
"Unit anjing pengesan K9 turut dibawa untuk membantu operasi selain penggunaan dron oleh JBPM.
Jelasnya lagi, kesemua mangsa yang maut akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#tanah runtuh
#batang kali
#Father's Organic Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan