awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/12/2022
05:15 MYT
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Superintendan Suffian Abdullah berkata, salah seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terkehel pada bahagian kaki, pada Isnin dan dikejarkan ke hospital. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
HULU SELANGOR: Polis mengesahkan tiga pegawai dan anggota yang terlibat langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm Jalan Batang Kali – Gohtong, di sini, mengalami kecederaan dan masalah kesihatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, salah seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terkehel pada bahagian kaki, pada Isnin dan dikejarkan ke hospital.
Namun begitu, katanya, keadaan anggota itu stabil dan sudah dibenarkan dari keluar dari hospital.
"Dua lagi anggota SAR yang turut tidak dapat meneruskan tugas adalah seorang anggota bomba dan juga Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis kerana kedua-duanya mengalami masalah kesihatan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, pada Selasa.
Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerusi satu kenyataan memberitahu, Norazam dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 6 petang.
Beliau yang mengalami keletihan serta angin ahmar ringan masih lagi ditempatkan di hospital berkenaan untuk rawatan susulan.
Mengulas mengenai operasi SAR hari kelima hari ini, Suffian berkata, operasi disambung semula pada pukul 8 pagi tadi yang dilaksanakan 115 anggota SAR daripada pelbagai agensi.
Topic Berkaitan
#Tanah Runtuh Batang Kali
#Pengarah Bomba Selangor stroke
#Father's Organic Farm
#sembilan mangsa hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan