awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Batang Kali: Tiga lagi mangsa maut dibawa keluar, 14 masih hilang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/12/2022
10:21 MYT
Tanah runtuh Batang Kali: Tiga lagi mangsa maut dibawa keluar, 14 masih hilang
Suffian (tengah) berkata, seramai 14 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi telah diselamatkan. - Astro AWANI
HULU SELANGOR: Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya meningkat kepada 19 mangsa termasuk empat kanak-kanak, setakat jam 5.30 petang, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, seramai 14 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi telah diselamatkan dan hanya dua mangsa cedera serta telah dibawa ke hospital.
"Dua mangsa ditemukan pada 4.40 petang dalam keadaan berpelukan dipercayai seorang ibu dan anaknya manakala seorang lagi mangsa pada jam 5.15 petang.
"Usaha menyelamat masih diteruskan dengan pelbagai agensi dan aset digerakkan dalam usaha mengesan mangsa yang masih tertimbus," katanya dalam kepada pemberita di lokasi kejadian, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Suffian berkata, kesemua 19 mangsa yang maut telah dan akan di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman oleh waris mangsa.
"Mana-mana pihak yg ingin kenal pasti dan melakukan proses pengecaman boleh rujuk ke hospital Sungai Buloh dan polis telah menyediakan tiga kaedah untuk proses tersebut.
"Pertamanya waris hadir ke hospital, kedua boleh datang ke tempat operasi dan bertanyakan kepada JBPM, ketiga kita berikan nombor telefon pegawai perhubungan untuk bertanyakan sebarang perkara berkaitan insiden," ujarnya.
Awal pagi tadi, Astro AWANI melaporkan seramai 94 pengunjung tapak perkhemahan Father Organic Farm terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, pada jam 2 pagi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#mangsa korban
#usaha pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan