awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Permai: Polis keluarkan identiti mangsa

Bernama
Bernama
11/03/2022
06:05 MYT
Tanah runtuh Bukit Permai:  Polis keluarkan identiti mangsa
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak bercakap pada sidang media mengenai insiden tanah runtuh yang berlaku petang semalam di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengeluarkan identiti empat mangsa yang terkorban dan seorang yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini, semalam.
Mereka yang maut ialah A. Mahendra, 36; E. Ramasamy, 58; Mohd Saifullah Ridzuan Ishak, 34; dan Chong Siew Kim, 85; manakala yang cedera ialah Cheng Kim Cheng, 85.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata semua mayat dihantar ke Hospital Ampang dan ahli keluarga telah melakukan pengecaman.
"Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Ampang," katanya kepada pemberita di sini.
Mohamad Farouk berkata beliau dimaklumkan masih terdapat kesan rekahan dan pergerakan tanah di kawasan berkenaan dan sehubungan itu polis menasihatkan penduduk setempat akur untuk mengosongkan rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
"Kami akan melakukan pemantauan 24 jam, disertai oleh 30 anggota polis. Penduduk juga boleh membuat aduan di pondok yang disediakan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata seramai 123 anggota bomba dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) menyertai operasi mencari dan menyelamat bermula 5.54 petang semalam hingga 3 pagi ini.
Beliau berkata tiga daripada empat mangsa ditemukan tertimbus tanah sedalam satu hingga 1.5 meter dan pihaknya menggunakan mesin pengorek untuk mengeluarkan mangsa.
"Pemeriksaan kami mendapati tiga daripada lima mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat kerana pergerakan tanah dan tertimbus. Terdapat sebuah rumah yang rosak 100 peratus dan beberapa rumah yang berhampiran turut terjejas," katanya.
Beliau berkata beberapa anggota akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan sekiranya berlakunya kejadian tanah runtuh yang berulang.
Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada 5.54 petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera selain merosakkan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#Taman Bukit Permai
#senarai korban
#Polis Ampang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan