awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Bukit Tunku: Kebocoran paip bawah tanah disah punca runtuhan

Fareez Azman
Fareez Azman
26/04/2023
07:14 MYT
Tanah runtuh Bukit Tunku: Kebocoran paip bawah tanah disah punca runtuhan
Siasatan Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR mendapati kebocoran paip itu telah menyebabkan ketepuan tanah yang tinggi sehingga mengakibatkan runtuhan berlaku. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) disahkan berpunca daripada kebocoran paip air bawah tanah.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata siasatan Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kebocoran paip itu telah menyebabkan ketepuan tanah yang tinggi sehingga mengakibatkan runtuhan berlaku.
“Hasil siasatan awal ini mendapati terdapat kebocoran kepada sistem perpaipan bekalan air di kawasan terlibat.
“Kebocoran paip pada sistem perpaipan telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi (fully saturated) seterusnya meningkatkan ‘lateral force’ kepada tembok penahan sedia ada daripada jenis Contiguous Micropile.
“Sebahagian tembok penahan tersebut telah runtuh bersama-sama dengan tanah cerun,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Dua jentolak JKR tiba di lokasi tanah runtuh bagi membantu kerja-kerja pembersihan runtuhan. - Gambar/ Astro AWANI
Dua jentolak JKR tiba di lokasi tanah runtuh bagi membantu kerja-kerja pembersihan runtuhan. - Gambar/ Astro AWANI
Tambah Alexander, taburan hujan juga merekodkan bacaan tinggi beberapa hari sebelum kejadian.
“Taburan hujan di Stesen Sentul untuk 4 hari dari 21 April 2023 hingga 24 April 2023 juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 mm hingga 47.5 mm.
“Semasa kejadian cuaca adalah baik dan tiada hujan langsung,” katanya lagi.
Ketika ini, JKR tambahnya memerlukan lukisan terbina struktur tembok penahan sedia ada daripada pemilik bangunan untuk membuat semakan dan siasatan lanjut.
Beliau berkata, kerja-kerja pembersihan tapak akan bermula petang Rabu melalui kontraktor yang dilantik serta pemasangan 'tarpaulin sheet' di kawasan cerun tinggi bagi mengelak resapan air hujan terus ke tanah.
“Kerja-kerja pemasangan tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka akan dipasang bermula 27 April,” katanya lagi.
Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas MACA dan IIM dipindahkan selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira 1.30 tengah hari.
Kejadian yang melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM itu turut meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#bukit tunku
#punca tanah runtuh
#Kementerian Kerja Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan