KUALA LUMPUR : Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengosongkan seluruh akademi itu dan memindahkan seramai 45 orang susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya tengah hari tadi.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), angka itu merangkumi 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters.
"Pengosongan tersebut adalah atas nasihat pihak bomba dan akan berlangsung sehingga kawasan terlibat diisytiharkan selamat.
"Ketika ini, pihak MACA turut bersedia dengan arahan lanjut pihak berkuasa serta akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa," jelas kenyataan itu.
BACA: Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamat
BACA: Tanah runtuh Bukit Tunku: Paip pecah dalam tanah mungkin jadi punca - Pakar
Sehubungan itu, MACA memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh tersebut.
Pada jam kira-kira satu petang Selasa, kejadian tanah runtuh berlaku berdekatan bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta.
Kejadian itu turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.
Komander Operasi Kanan Bomba Kuala Lumpur, E. Yogeswaran berkata, pihaknya yang menerima laporan kejadian menggerakkan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian.
Nickyson Nyambar
Tue Apr 25 2023
MACA telah mengosongkan seluruh akademi itu dengan memindahkan seramai 45 orang susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya tengah hari tadi. -Gambar Bomba KL
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.