KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh berhampiran bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Bukit Tunku di ibu negara, berkemungkinan besar disebabkan paip pecah.
Pensyarah Kanan Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nor Shahidah Mohd Nazer berkata, berdasarkan pemerhatian awalnya, pergerakan tanah yang besar sebegitu menandakan berlakunya paip pecah dalam tanah.
“Air datang dalam skala yang besar secara tiba-tiba berlaku pembasahan yang mengejut terhadap tanah, menyebabkan ketepuan tanah itu meningkat dengan berkali ganda dalam masa singkat.
BACA: Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamat
“Ini menyebabkan tekanan yang licin, besar dalam tanah itu menurun dengan mendadak, menyebabkan tanah itu boleh runtuh dalam skala yang kita lihat.
“Tapi pergerakan susulan yang dilihat pihak bomba itu, pada saya itu hanyalah sekadar permukaan.
“Berkemungkinan besar tidak akan berlaku lagi runtuhan yang besar kerana semua bahan yang lemah itu telah turun dan menggelongsor,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temu buat dengan Astro AWANI, pada Selasa.
Begitupun, katanya, perlu ada banyak data di lapangan untuk kenal pasti apa yang berlaku sebelum boleh dirancang kaedah bersesuaian untuk menyelesaikan isu tersebut.
Dalam pada itu, Nor Shahidah menegaskan kejadian sebegitu sudah dijangka terhadap cerun tambakan seperti itu apatah lagi dengan cuaca panas yang disusuli hujan lebat.
Tegasnya, sudah banyak kali diberitahu kawasan sebegitu merupakan lokasi sensitif dan perlu lebih peka dengan keadaannya dari semasa ke semasa.
BACA: Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul'
“Perkara ini pun kita telah ulang banyak kali tetapi untuk bangunan yang sedia ada, penyelenggaraan itu perlu untuk kita lihat adakah berlaku, atau ada tanda runtuhan muncul.
“Sekiranya dalam konteks paip pecah dahulu, ia sukar kerana berlaku tiba-tiba tapi sekiranya tanah itu bergerak dahulu, tanah itu mempunyai rekahan yang akan muncul dan boleh dilihat di puncak kawasan tanah runtuh dan mungkin sesuatu boleh dilakukan,” ujarnya.
Tambah beliau, pemantauan yang ketat perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang pada masa depan.
Astro Awani
Tue Apr 25 2023
Nor Shahidah menegaskan kejadian sebegitu sudah dijangka terhadap cerun tambakan seperti itu apatah lagi dengan cuaca panas yang disusuli hujan lebat. - Foto JBPM
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.