KUALA LUMPUR: Penghuni rumah yang berdekatan dengan lokasi runtuhan tanah di Taman Halaman, Ampang di sini dinasihatkan agar berpindah buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad berkata arahan itu dikeluarkan susulan cuaca masih hujan malam ini dan keadaan cerun di belakang rumah penduduk terbabit yang dikhuatiri tahap kestabilannya.
"Setakat ini, penghuni di dua buah rumah yang terkesan telah bersetuju untuk berpindah keluar. Bagaimanapun, ada penghuni yang enggan berpindah keluar atas faktor-faktor tertentu selain memaklumkan rumah mereka mempunyai tembok penahan.
"Kami telah memaklumkan secara lisan kepada mereka sebarang risiko yang mungkin berlaku dan mereka bersetuju dengan tanggungan risiko tersebut. Kami juga telah menasihati mereka untuk ambil langkah berjaga-jaga misalnya untuk tidak tidur di bahagian belakang rumah," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian malam ini.
BACA: 6 terselamat insiden tanah runtuh di Ampang
Beliau berkata runtuhan di lokasi melibatkan tanah milik persendirian dengan cerun di bahagian belakang rumah mangsa juga termasuk dalam hartanah masing-masing.
"... esok MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) akan bantu untuk tengok keadaan di atas (tebing) dan akan bantu kerja pembersihan tanah serta pemasangan kanvas. Pemilik rumah dinasihat melaksanakan kerja pengukuhan cerun tanah masing-masing," katanya.
Sementara itu, Choong Zee Foon, 52, berkata dia hanya menyedari kejadian tanah runtuh selepas dimaklumkan jirannya.
"Ini bukan pertama kali berlaku, ini kali kedua rumah saya terjejas. Sebelum ini pernah berlaku runtuhan pada Disember tahun lepas dan kerja-kerja pembaikan rumah masih belum buat," katanya yang tidak tinggal di rumah itu.
Choong berkata pihaknya telah meminta agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam untuk memantau keadaan di lokasi malam ini.
Petang tadi, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.
Dalam kejadian itu, rumah mereka turut mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Runtuhan di lokasi melibatkan tanah milik persendirian dengan cerun di bahagian belakang rumah mangsa juga termasuk dalam hartanah masing-masing. - Gambar/ FB Traffic Info Crew
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.