PARIT BUNTAR: Seramai 40 pesawah di Parit Abas dan Parit Mat Ali di sini tidak dapat memulakan tanaman padi musim ini ekoran sawah mereka tidak mendapat bekalan air secukupnya.
Masalah itu yang berlarutan sejak berpuluh tahun dikatakan berpunca daripada keadaan palong yang rendah, ketiadaan pam kekal dan sikap segelintir pesawah yang tidak mengikut jadual dengan mengairi tanaman mereka terlebih dahulu.
Ketua Unit Parit Abas, Ishak Yunus, 61 tahun, berkata, musim ini adalah paling teruk dialaminya kerana belum dapat memulakan kerja-kerja menanam padi apabila sawah masih kering.
“Musim ini paling teruk. Sejarah yang saya tahu, ada tiga kali yang teruk, sampai padi masak pun, ada yang tak buat, air tak sampai.
“Ada yang tak ada pam air. Bukan semua petani ada pam. Bukan semua petani senang. Yang mampu boleh beli, yang tak mampu tak boleh.
“Kalau nak mengharapkan pinjam, payah orang nak beri pinjam. Jadi, saya mengharapkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) segera ambil tindakan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Kurau, Abdul Baharin Mat Desa berkata, mengikut jadual, sawah mereka mendapat bekalan air Selasa minggu lepas.
“Rasanya kali ini agak kritikal sikit. Kalau sebelum ini, mungkin ada hujan bantu untuk pengairan di sawah yang tidak ada air.
“Kalau ada hujan, memang akan membantu banyak, tetapi kali ini hujan kurang. Itu mungkin antara punca menyebabkan masalah ini dan pesawah-pesawah yang biasa dapat pam pun tidak dapat lagi pam,” ujarnya.
Sementara itu, Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria berkata, pihak JPS menyediakan dua pam tambahan bagi membantu penduduk mengairi petak sawah mereka sebagai jalan penyelesaian jangka pendek.
“Masalah yang timbul apabila bendang lebih tinggi dari parit menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke bendang.
“Insya-Allah kita akan bawa berbincang masalah teknikal ini, macam mana cara jalan penyelesaian.
“Kalau memerlukan penambahbaikan infrastruktur, kita akan mohon bajet. Dan kalau kita memerlukan peralatan untuk tambahan, seperti pam dan sebagainya, kita akan usahakan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gunung Semanggol, bersama ADUN Kuala Kurau Datuk Abdul Yunus Jamahri, turun padang meninjau masalah yang dihadapi pesawah semalam.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Sep 14 2021
Razman (dua kanan) turun padang meninjau masalah yang dihadapi pesawah di Parit Buntar semalam. - Foto Facebook Haji Razman Zakaria
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.