awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanda Putera punyai penceritaan menarik - AMK Pulau Pinang

Bernama
Bernama
02/09/2013
11:03 MYT
Tanda Putera punyai penceritaan menarik - AMK Pulau Pinang
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menilai filem patriotik "Tanda Putera" sebagai sebuah filem yang mempunyai penceritaan yang menarik.
"Saya mendapati filem itu menarik kerana menceritakan bagaimana pemimpin negara ketika itu menyerahkan tugas mereka dan juga persahabatan antara (Perdana Menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan (timbalannya) Tun Dr Ismail Abdul Rahman," kata Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menonton filem itu bersama-sama pemberita dan anggota AMK di sebuah panggung wayang di Seberang Jaya sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha AMK negeri Syed Mikael Rizal Aidid berkata AMK negeri akan mengadakan forum terbuka dalam masa yang terdekat untuk membincangkan tentang filem itu.
"Kami akan menjemput pengarah filem Datin Paduka Suhaimi Baba dan beberapa pemimpin politik dari parti Umno dan Pakatan Rakyat untuk menerangkan secara terperinci tentang filem tersebut," katanya.
Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi kononnya mengandungi unsur negatif dan fitnah.
Filem itu ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara pada Khamis lepas kecuali di Pulau Pinang yang hanya mula ditayangkan pada Sabtu lepas.
Topic Berkaitan
#Angkatan Muda Keadilan
#pulau pinang
#Tanda Putera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan