KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Memetik laporan MalaysiaNow, Sri Ram berkata, perkara sebegitu pernah terjadi dalam kes pada tahun 1963 melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan dengan Ketua Hakim pada waktu itu, Sir James Beveridge Thomson.

Dalam kes itu, Thomson membuat penghakiman yang memberikan kuasa eksekutif kepada Kabinet untuk bertindak atas nama Raja.

BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda

“Jika anda baca penghakiman Thomson dalam kes tersebut secara teliti, jelas Kabinet mempunyai kuasa tertinggi dalam semua perkara,” kata Sri Ram kepada portal tersebut.

Tambahnya lagi, jika terjadi keadaan di mana Yang di-Pertuan Agong masih menolak untuk menandatangani dokumen, ia tidak memberi kesan terhadap pengesahan keputusan Kabinet tersebut.


Pemuda UMNO | Kerajaan derhaka belakangi titah Agong

“Kes Kelantan itu mengatakan tandatangan tiga Menteri sudah cukup. Ia juga sah kerana Kabinet menjalankan tugas atas nama raja, maka tandatangan rasmi daripada raja tidaklah penting,” katanya.

Dalam kes pada tahun tersebut, negeri Kelantan mencabar Perjanjian Malaysia (MA63) dan mempersoalkan MA63 tidak mendapat persetujuan Sultannya berikutan beberapa pertukaran dalam Perlembagaan.

Astro AWANI pada Khamis melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan satu kenyataan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu.

BACA LAPOR LANGSUNG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI

Ia berkaitan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.


Darurat Tamat | Pengumuman jelas mengelirukan

IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

[
INFOGRAFIK] Kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Istana Negara turut mengesahkan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan belum mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.