Pembinaan kolam takungan air di taman perumahan khususnya di kawasan berisiko banjir kilat akan diperluas, sebagai antara inisiatif pengurusan bencana yang lebih efektif di negeri ini di bawah Program Mitigasi Banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir Negeri Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
"Kita akan minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk segera mengenal pasti kawasan tanah lapang di bawah bidang kuasa mereka untuk membina kolam takungan air dan setakat ini perkara itu telah pun dibincangkan bersama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Sebanyak 264 lokasi berisiko banjir kilat dikenal pasti di daerah Melaka Tengah, manakala daerah Jasin dan Alor Gajah masih dalam penelitian. Kolam ini bukan sahaja lebih efektif bahkan mudah dibangunkan kerana kerja-kerja pembinaannya tidak melibatkan kos yang tinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata keseluruhan lokasi berisiko banjir kilat sedang dikenal pasti dan akan dimuktamadkan jumlahnya bagi memastikan pelaksanaan pengurusan banjir dapat diintegrasikan antara agensi pelaksana seperti PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), agar penyelesaian isu berkenaan dapat dicapai.
Idris berkata selain itu, PBT dan Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan semua longkang berfungsi dengan baik dan tiada halangan seperti sampah sarap atau batu besar yang menjadi punca utama kebanyakan kejadian banjir di Melaka.
Menurut beliau antara punca kolam takungan air di Taman Semabok Perdana dipenuhi bunga pokok keladi bunting baru-baru ini dipercayai akibat penyelenggaraan kurang berkesan, bagaimanapun isu itu dianggap selesai kerana kolam berkenaan sudah dibersihkan oleh JPS.
Sementara itu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, dakwaan kononnya beliau mengetuai lima ADUN yang bakal menyertai pembangkang sengaja dimainkan sesetengah pihak bagi melemahkan kekuatan Perikatan Nasional (PN) serta menimbulkan rasa marah dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
IDRIS: Kita akan minta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk segera mengenal pasti kawasan tanah lapang di bawah bidang kuasa mereka untuk membina kolam takungan air. -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Terengganu dicadang laksana caruman perparitan tangani kes banjir kilat
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) mencadangkan Kerajaan Negeri Terengganu supaya mengenakan caruman perparitan kepada pemaju tanah.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir kilat
Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras semasa meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing hari ini.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir kilat 'kejutkan' Felda Kerteh
Banjir kilat yang berlaku kira-kira 4 petang Ahad itu menyebabkan 260 penduduk terpaksa berpindah ke PPS.
23 penerbangan di Lapangan Terbang Sydney dibatalkan pada Krismas
Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat.
Pekan Sungai Lembing dilanda banjir kilat
Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan berlaku banjir kilat di pekan Sungai Lembing selepas bacaan paras air sungai itu melepasi paras bahaya pada Ahad.
Paras air sepanjang LDP, berhampiran IOI Puchong naik lebih 3 meter
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengeluarkan amaran awal banjir di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli belah IOI Mall Puchong.
11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat
Skuad Kilat MBJB telah digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa lubang air tersumbat serta lain-lain bantuan.