awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran kritik WEF atas dakwaan amal dwistandard selepas jemputan dibatalkan
'Counter setting': Tiga pegawai imigresen, peniaga kedai makan didakwa
[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangani COVID-19: Menteri Pertahanan ASEAN ikrar kerjasama

Bernama
Bernama
19/02/2020
23:39 MYT
Tangani COVID-19: Menteri Pertahanan ASEAN ikrar kerjasama
Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN berlangsung di Hanoi, Vietnam, 19 Feb, 2020. REUTERS
Menteri Pertahanan ASEAN komited untuk saling bekerjasama dalam mengendalikan jangkitan COVID-19 yang telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi serta keselamatan dan kestabilan serantau.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Hanoi, Vietnam pada Rabu, negara anggota mengesahkan komitmen mereka ke arah meningkatkan kerjasama, termasuk dalam kerjasama perubatan ketenteraan dan perkongsian maklumat, untuk memastikan persekitaran aman, selamat dan stabil.
Menteri berkenaan bersetuju untuk memanfaatkan Rangkaian Pakar Pertahanan Kimia, Biologi dan Radiologi ASEAN untuk meningkatkan jaringan profesional, dan menggalakkan kerjasama saintifik dalam mengendalikan wabak penyakit berjangkit.
"Kami (Menteri Pertahanan ASEAN) dengan ini berikrar untuk kekal komited dalam melaksanakan tugas kami dan kekal bersatu dalam usaha menangani wabak COVID-19 untuk kebaikan rakyat negara ASEAN," menurut kenyataan itu.
Dalam mengendalikan COVID-19, menteri berkenaan menggesa kerjasama padu menerusi pelbagai forum termasuk Pusat Perubatan Ketenteraan ASEAN; Persidangan Ketua Turus Perubatan Ketenteraan ASEAN, Persidangan Perubatan Ketenteraan ASEAN serta kerjasama dengan rakan luar mereka dalam Kumpulan Kerja Pakar Perubatan Ketenteraan, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Campur (ADMM-Campur).
Kenyataan itu juga menggalakkan inisiatif dan cara baharu yang akan menyumbang kepada usaha ASEAN secara menyeluruh untuk menangani berita palsu berkaitan jangkitan COVID-19 dan memastikan rakyat mendapat maklumat betul mengenai keadaannya.
Menteri Pertahanan ASEAN berkenaan turut merakamkan simpati kepada negara, komuniti dan individu yang terkesan dengan wabak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADMM
#ASEAN
#COVID-19
#ekonomi
#Hanoi
#jangkitan
#kerjasama padu
#keselamatan
#koronavirus
#Menteri Pertahanan
#Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan
#penyakit berjangkit
#perubatan
#Vietnam
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan