KUALA LUMPUR : Kerajaan digesa mengambil tindakan drastik dan strategik bagi menangani isu pengangguran anak muda dan sebilangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih untuk tidak menyambung pengajian.
Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Wei Kiat berkata, masalah itu perlu diselesaikan segera demi masa depan negara.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang berkata, Pertubuhan Buruh (ILO) Antarabangsa memberi amaran bahawa anak muda sedang berada dalam krisis pekerjaaan disebabkan keperluan tenaga buruh atau pekerjaan yang ditawarkan tidak sejajar dengan minat golongan muda.
Ia disebabkan kerajaan didakwa lebih menumpukan peluang pekerjaan berkemahiran rendah.
"Kekurangan peluang pekerjaaan yang berkualiti bagi graduan yang mempunyai kemahiran sederhana dan tinggi akan menyebabkan anak muda kita terpaksa bersaing dengan pekerja buruh asing yang bergaji rendah dan secara tidak langsung menyebabkan produktiviti dan inovasi buruh negara merundum dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia turut menurun.
"Kerajaan harus mengambil serius dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu industri pekerjaan menjalani transformasi supaya industri negara kita secara pantas bertukar pergantungan kepada teknologi baru, meningkatkan produktiviti lantas mampu menawarkan peluang pekerjaan yang menarik dan bernilai tinggi kepada golongan anak muda," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Wei Kiat berkata demikian sebagai mengulas laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang dikemaskini pada bulan Jun lalu , bahawa kadar pengangguran anak muda Malaysia yang berumur 15 hingga 24 tahun mencecah 15.6 peratus berbanding tahun 2021.
Katanya lagi, pekerjaan ekonomi gig yang didominasi golongan anak muda sekarang bukan satu penyelesaian yang baik dan bukan pekerjaan bagi jangka masa panjang.
Ia berikutan ekonomi gig jelasnya, hanya penyelesaian jangka masa pendek bagi menjana pendapatan tambahan anak muda dan kerajaan sepatutnya melatih anak muda menguasai kemahiran yang mampu menjana lebih banyak pendapatan.
"Anak muda kini menghadapi situasi yang sukar melihatkan kepada prospek masa depan pekerjaan tetap yang terjejas teruk dan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk "wang segera" melalui sektor ekonomi gig yang tidak mampan disebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang bermaruah," ujarnya lagi.
Astro Awani
Mon Aug 22 2022
Kerajaan digesa mengambil tindakan drastik dan strategik bagi menangani isu pengangguran anak muda dan sebilangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih untuk tidak menyambung pengajian. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Tangani isu pengangguran anak muda, ekonomi gig bukan penyelesaian - Wei Kiat
Pekerjaan ekonomi gig yang didominasi golongan anak muda sekarang bukan satu penyelesaian yang baik.
ADUN Rawang Chua Wei Kiat dilantik Ketua AMK Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang Chua Wei Kiat dilantik sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang baharu, berkuat kuasa semalam.