Isu penggunaan 'vape' dalam kalangan pelajar sekolah nampaknya semakin membimbangkan apabila murid sekolah rendah juga kini dilapor telah mula berjinak-jinak menggunakan peranti rokok elektronik itu secara terbuka.
Foto seorang pelajar perempuan yang masih dalam pakaian sekolah sedang menghisap vape di sebuah perhentian bas yang tular di media sosial baru-baru ini serta pelbagai pendedahan mengenai penularan gejala itu, termasuk dakwaan vape diedar secara percuma kepada golongan pelajar oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab mencetus kegusaran masyarakat.
Mengulas isu itu, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Datuk Sabuddin Sani mengakui walaupun gejala itu masih pada skala terkawal, namun tindakan proaktif perlu diambil segera oleh semua pihak terutama ibu bapa untuk menangani isu berkenaan.
"Anak-anak keliru dengan apa yang diajar dan apa yang mereka lihat kerana di sekolah cikgu mengajar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan, tetapi di rumah, ayah sendiri yang menghisap rokok secara tidak langsung ibu bapa menunjukkan contoh yang tidak baik.
"Kelonggaran dari sistem keluarga itu antara puncanya, jadi ibu bapa haruslah menjadi suri teladan dan bukan hanya menyalahkan anak-anak apabila mereka mula terjebak dengan perkara negatif sebegini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.
Seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Azman turut berkongsi kegusarannya apabila pernah ditanya oleh anaknya untuk memiliki peranti berkenaan.
"Budak-budak ingatkan vape itu ialah gajet permainan terbaharu, malah saya terkejut apabila baru-baru ini anak lelaki saya yang berusia 13 tahun turut meminta izin untuk memilikinya... menurut beliau, ada rakan-rakannya mula mengumpul duit selama tiga bulan untuk membeli vape yang berharga RM80.
"Jadi tugas ibu bapa adalah untuk sentiasa menegur perbuatan mereka dan pastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan orang yang salah," kata Azman.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata pihak pengurusan sekolah perlu terus menjadikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 17 Tahun 2015 sebagai garis panduan untuk menangani masalah-masalah disiplin berat seperti penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
"Mengikut surat siaran itu, menghisap vape dikategorikan sebagai salah satu kesalahan disiplin berat dan hukuman bagi kali pertama, pelajar yang terlibat akan diberi kaunseling dahulu, bagi kesalahan kali kedua, mereka boleh digantung sekolah tidak melebihi 14 hari.
"KPM sendiri telah mengambil langkah dari awal lagi dan saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama maka kita dapat mengatasi isu ini dari terus merebak dan menjadi wabak di masa akan datang," katanya.
Selain KPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas pada 27 Jun lalu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape, yang juga memberi fokus kepada usaha menangani penjualan alat tersebut kepada pelajar sekolah.
Dr Lee berkata jawatankuasa itu akan menjalankan tugasnya secepat mungkin dan merangka rang undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape yang dijangka dibentangkan akhir tahun ini atau tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019
Walaupun gejala itu masih pada skala terkawal, namun tindakan proaktif perlu diambil segera oleh semua pihak terutama ibu bapa. - édiego_cervo/istock.com
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?