Berita yang diviralkan kononnya satu daripada setiap empat rakyat Terengganu mengalami sakit mental adalah tidak benar, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata jumlah tersebut sebenarnya merujuk kepada masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan tekanan.
"Ini adalah dua perkara yang berbeza di mana sakit mental ialah gila dan mereka yang menghidapinya perlu mengambil ubat manakala masalah kesihatan mental pula biasa dihadapi ramai orang.
"Jadi, bukanlah bermaksud setiap empat daripada rakyat, seorang tu kena ambil ubat sebab sakit mental (gila) bukan macam tu, ini tidak logik...sebab ini bidang saya, bidang psikologi, saya terkejut dengar. Kalau betul macam ni untunglah, saya boleh buka klinik sebab saya ada lesen," katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai salah faham terhadap laporan akhbar yang dipetik menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam satu majlis baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga pemegang Ijazah Sarjana Sains (Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia berkata masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan stres juga berpunca daripada tekanan hidup ketika ini seperti kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.
"Memang ada kalanya, seseorang itu akan menghadapi 'ketidakwarasan dalam seketika' disebabkan tekanan yang terlalu tinggi, seperti yang berlaku baru-baru ini (kes tikam bakal abang ipar), begitu juga dalam perceraian. ..ketika tak sedar lafaz cerai dan bila sedar, baru rasa menyesal.
"Inilah yang sedang kita laksanakan di mana Terengganu telah menetapkan hala tuju transformasi ekonomi dengan jelas untuk dinikmati setiap rakyat menjelang tahun 2020 nanti" katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Gallery Walk di Wisma Darul Iman yang memaparkan hala tuju dan pelbagai projek pembangunan yang bakal dilakukan sehingga 2020 hasil rumusan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang dilaksanakan awal tahun ini. - Bernama
Bernama
Tue Oct 18 2016
![Tanggapan satu daripada empat rakyat Terengganu sakit mental tidak benar Tanggapan satu daripada empat rakyat Terengganu sakit mental tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470316372_AHMADRAZIFABDULRA.jpg)
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata jumlah tersebut sebenarnya merujuk kepada masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan tekanan. - Foto Bernama
Polis buru empat lelaki bersenjata, bertopeng rompak kedai emas di Kajang
Pengunjung sebuah kompleks membeli-belah di Kajang berdepan detik cemas apabila empat lelaki bertopeng dan bersenjata merompak sebuah kedai emas dalam bangunan tersebut pada petang Isnin.
Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.
Netanyahu bubar Kabinet Perang Israel
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membubarkan Kabinet perangnya yang dianggotai enam anggota.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak Ahad hingga pagi Isnin.
Empat lelaki ditahan kes culik, pukul, ugut remaja
Polis sudah menahan empat lelaki warga tempatan dan sedang mengesan beberapa lagi individu yang terbabit dalam kejadian melarikan dan menculik tiga remaja di sebuah pasar raya di kawasan Skudai.
Malaysia-China sehaluan meneroka bidang masa depan lestari
Selepas 50 tahun, landskap kerjasama diplomatik antara Malaysia dan China boleh disifatkan terus makmur dan progresif yang mana ia terlihat nyata dengan prestasi memberansangkan dari segi ekonomi dan pelaburan antara kedua negara.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Malah, untuk 15 tahun berturut-turut, negara tembok besar itu adalah merupakan pelabur paling utama buat Malaysia.
Anwar-Erdogan senada tingkat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mengukuhkan kerjasama dalam pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan, pelaburan antara Malaysia-Turki.
Malaysia, Pakistan sepakat solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Cuaca panas hadirkan kebimbangan buat jemaah haji
Kebimbangan mula meningkat selepas mereka mendapat laporan sekurang-kurangnya enam warga Jordan maut akibat cuaca panas pada Sabtu.
Sindiket dadah tumpas, rampasan berbilion euro
Kecekapan pihak penguatkuasa Jerman dalam membanteras kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan bernilai berbilion euro.
![Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686000844_AhmadSaid.jpg)
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
![PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
![PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665195307_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
![Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/41499952748_MenteriBesarAhmad.jpg)
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
![Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
![Jailani lepas jawatan dalam parti Jailani lepas jawatan dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526699450_JailaniJohari.jpg)
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
![Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526379275_RazifSamsuri.jpg)
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
![Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525754603_BarisanNasional.jpg)
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
![Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520543231_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
![Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71524962896_AhmadRazifAbdulRa.jpg)
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.