awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh aktiviti jelajah hutan ketika musim hujan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/11/2021
00:04 MYT
Tangguh aktiviti jelajah hutan ketika musim hujan
Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, sebarang aktiviti ke perkampungan Orang Asli perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Peminat sukan lasak menggunakan kenderaan pacuan empat roda dinasihatkan agar menangguhkan aktiviti itu di kawasan perkampungan Orang Asli pedalaman di daerah Gua Musang, Kelantan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, aktiviti itu tidak sesuai diadakan ketika musim hujan kerana faktor keselamatan serta menyebabkan kerosakan jalan di kawasan perkampungan Orang Asli.
Menurutnya, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, sebarang aktiviti ke perkampungan Orang Asli perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
"Untuk aktiviti 4x4, pihak polis ingin menasihatkan kesemua penggemar pacuan empat roda 4X4 ini agar menangguhkan dulu aktiviti tersebut dan setiap pergerakan masuk ke pos Orang Asli perlulah mendapat kelulusan pihak pejabat PKOB.
"Ini untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk ke atas jalan-jalan yang menuju ke perkampungan Orang Asli," katanya.
Antara kawasan Orang Asli di Gua Musang yang masih menggunakan laluan balak dan terjejas ketika musim tengkujuh ialah Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Simpor, Pos Belatim, Pos Hau, Pos Pasik dan Pos Gob.
Topic Berkaitan
#sukan lasak
#pacuan empat roda
#Orang Asli
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan