awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangguh sementara bacaan Qunut Nazilah selaras sunah - Mufti

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2023
06:57 MYT
Tangguh sementara bacaan Qunut Nazilah selaras sunah - Mufti
Berdasarkan sebuah hadis, Rasulullah hanya melaksanakan bacaan doa itu hanya selama sebulan sebelum dihentikan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Penangguhan sementara bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau seluruh negeri Pahang bukan atas tekanan mana-mana pihak atau arahan politik seperti andaian sesetengah pihak.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, bacaan Qunut Nazilah yang telah dilaksanakan selama sebulan sebagai solidariti kepada rakyat Palestin sebelum ini ditangguhkan sementara, selaras sunah Rasulullah.
Menurutnya, berdasarkan sebuah hadis, Rasulullah hanya melaksanakan bacaan doa itu hanya selama sebulan sebelum dihentikan.
"Kita telah maklum kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk membuat pemakluman kepada masjid dan surau berhubung penangguhan itu selepas sebulan ia dilaksanakan.
"Ia boleh diteruskan kembali kelak bagaimanapun ketika ini kita tangguhkan sementara dahulu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas andaian sesetengah pihak mendakwa penangguhan itu dilakukan atas tekanan tertentu susulan surat pemaklumannya yang tular di laman sosial sejak Jumaat.
Abdul Rahman mengesahkan surat pemakluman bertarikh 7 Disember lalu kepada JAIP berhubung penangguhan itu dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Beliau berkata, mana-mana masjid atau surau yang ingin meneruskan bacaan doa itu boleh diteruskan dan tiada halangan untuk berbuat demikian.
"Ini kerana ada pandangan bacaan doa itu boleh diteruskan selagi masalah atau musibah berlaku belum selesai," katanya.
Isu penangguhan bacaan doa Qunut Nazilah di Pahang itu mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ramai yang tidak bersetuju dan minta bacaan doa itu diteruskan mengambil kira penderitaan berterusan rakyat Palestin yang kini menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#qunut nazilah
#Pahang
#Palestin
#henti Qunut Nazilah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan