Kementerian Luar mengesyorkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Yaman.

Menerusi kenyataan media pada Rabu, kementerian itu memberitahu, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini di Yaman, khususnya di Sanaa.

"Sehingga kini, laporan yang diterima menyatakan bahawa rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman giat menghubungi rakyat Malaysia di Yaman.

"Semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman adalah dinasihatkan untuk berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, sekiranya masih belum berbuat demikian," jelas kenyataan terbabit.

Berikut ialah butiran Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman:

Alamat : Villa No. 1611, Way No. 3019
Shatti Al Qurum, P.O. Box 3939,
Postal Code 112, Ruwi Muscat
Oman

Telefon : (968) 2469 8329; (968) 2469 8643
Faks : (968) 24605031
Emel : [email protected]

Sekurang-kurangnya 71 orang awam terbunuh dalam serangan udara selama 48 jam yang dilancarkan tentera pakatan Arab Saudi yang mensasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman.