Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan I.S.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata untuk itu kewujudan Jakim tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.
"Jakim masih relevan pada hari ini dan tidak ada siapa yang boleh menafikan peranan besar yang dimainkan Jakim dalam menyelaras hal-hal agama sejak ia ditubuhkan sehingga meletakkan Islam ke tahap lebih tinggi dan sistematik pada hari ini.
"Bahkan tugas Jakim pada masa kini lebih mencabar dalam menangani isu-isu global seperti Syiah, Islam liberal dan kumpulan militan I.S. yang sedang menular di negara-negara ini," katanya.
Beliau mengulas artikel sebuah portal yang memetik kenyataan anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Ismail yang mahu Jakim dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.
Asyraf Wajdi berkata Jakim diwujudkan atas persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu yang mahu agama rasmi Persekutuan itu terus dimartabatkan seperti yang diperjuangkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman yang bertanggungjawab memaktubkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia 58 tahun yang lepas.
Sejak Jakim ditubuhkan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, badan itu tidak pernah merentasi sempadan urusan peribadi seseorang, katanya.
Katanya umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada Jakim untuk menangani pelbagai isu agama yang juga merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia.
Bernama
Mon Nov 09 2015
Umat Islam di negara ini wajar meletakkan kepercayaan kepada Jakim untuk menangani pelbagai isu agama yang juga merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. - Gambar fail
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Kerajaan akan tambah gerabak ETS - Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu penggunaan kereta api elektrik (ETS) semakin popular untuk perjalanan jarak jauh dan Kerajaan akan menambah bilangan gerabak. #AWANInews
"Jika saya mati, ampunkan saya, ibu, ayah," tulis kanak-kanak Gaza sebelum maut
BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama-AA) - "Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Serie A: Saya pilih nombor 32 kerana Beckham - Kyle Walker
Kapten Manchester City, Kyle Walker, menyertai kelab gergasi Itali, AC Milan, secara pinjaman untuk baki saingan musim ini.
Gencatan senjata: UNRWA edar bantuan makanan di utara Gaza
Menurut agensi tersebut di platform media sosial, sebaik sahaja gencatan senjata berkuat kuasa, pasukan UNRWA telah bekerja tanpa henti untuk mula mengedarkan bantuan makanan di utara Gaza.
Kakitangan hospital Israel siap sedia pembebasan tahanan
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Trump lawat kawasan terjejas kebakaran Los Angeles
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump melawat sebuah kawasan kejiranan yang musnah akibat kebakaran kejiranan Pacific Palisades, di barat laut Los Angeles pada Jumaat
Dua ekor panda China tampil di Zoo Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulungĀ kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.