awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangis berbaur hujan iringi pengebumian jenazah Aaron Maseri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/02/2016
07:47 MYT
Tangis berbaur hujan iringi pengebumian jenazah Aaron Maseri
Suasana pilu mengiringi upacara tersebut yang dihadiri hampir 300 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai. - fotoBERNAMA
Jenazah allahyarham Muhamad Aaron Maseri, 23, mangsa kemalangan tren di London selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.
Suasana pilu mengiringi upacara tersebut yang dihadiri hampir 300 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
Cuaca mendung, kadangkala hujan dari Sepang ke Kuala Lumpur ibarat memahami hati mereka yang hadir.
Yelena tidak dapat menahan sebak semasa upacara pengebumian adiknya. - fotoBERNAMA
Yelena tidak dapat menahan sebak semasa upacara pengebumian adiknya. - fotoBERNAMA
Walaupun redha dengan pemergian Allahyarham Muhamad Aaron, pasangan Maseri Idris, 60, dan Folziah Jamal, 55, tidak dapat menahan titisan air mata tatkala menyiram air mawar ke pusara anak bongsu mereka.
Selain kedua ibu bapa, Allahyarham meninggalkan dua abangnya, Muhamad Ariel Maseri, 26, Muhamad Adrien Maseri, 25, serta kakaknya Yelena Maseri, 24.
Selain kedua ibu bapa, Muhamad Aaron (duduk, kiri) meninggalkan dua abangnya, Muhamad Ariel (berdiri, kiri), Muhamad Adrien (berdiri, kanan) serta kakaknya Yelena (duduk, kanan). - Gambar ihsan keluarga
Selain kedua ibu bapa, Muhamad Aaron (duduk, kiri) meninggalkan dua abangnya, Muhamad Ariel (berdiri, kiri), Muhamad Adrien (berdiri, kanan) serta kakaknya Yelena (duduk, kanan). - Gambar ihsan keluarga
Sementara itu, Muhamad Adrien yang ditemui Astro AWANI selepas majlis pengebumian menzahirkan rasa syukur apabila Allahyarham selamat tiba di Malaysia dan dikebumikan.
"Saya mewakili seluruh keluarga rasa amat bersyukur ke hadrat Illahi. Kami selamat sampai ke Malaysia dan proses pengebumian berjalan dengan lancar.
"Saya amat berterima kasih kepada semua terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London (Datuk Ahmad Rasidi Hazizi) dan kakitangannya, termasuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan," katanya sejurus selesai upacara pengebumian.
Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, 7.18 pagi tadi.
Jenazah yang dibawa menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH0003 turut diiringi ahli keluarganya yang turut berlepas dalam pesawat yang sama.
Selesai proses tuntutan jenazah di Kompleks Kargo KLIA, jenazah dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad (atau masjid KLIA) bagi upacara solat jenazah.
Maseri bersama ahli keluarga dan kenalan mengaminkan doa ketika jenazah anaknya disembahyangkan di Masjid Sultan Abdul Samad sejurus tiba di KLIA pagi tadi. - fotoBERNAMA
Maseri bersama ahli keluarga dan kenalan mengaminkan doa ketika jenazah anaknya disembahyangkan di Masjid Sultan Abdul Samad sejurus tiba di KLIA pagi tadi. - fotoBERNAMA
Ahli keluarga dan rakan taulan yang berkumpul di masjid tersebut sejak awal pagi tadi menyambut kepulangan keluarga itu dari London dengan titisan air mata.
Dalam kejadian pada petang 26 Januari lalu, Muhamad Aaron, pelajar Middlesex University, dilaporkan dilanggar tren bawah tanah (TUBE) di Stesen Marble Arch ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Mengikut laporan akhbar The Standard, jurucakap Pengangkutan London, berkata mangsa masih hidup sejurus dilanggar namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa.
Topic Berkaitan
#Aaron Maseri
#Marble Arch Station
#mati dilanggar tren
#TUBE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan