awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tangisan YB Menteri Pertanian cetusan hati ikhlas seorang Menteri - Reezal

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2019
14:18 MYT
Tangisan YB Menteri Pertanian cetusan hati ikhlas seorang Menteri - Reezal
Reezal Merican menegaskan Salahuddin mengambil risiko cukup besar jika kesusahan dan kepayahan golongan petani dan nelayan mahu disandiwarakan. - Gambar fail
Serak suara dan linangan air mata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bukan dibuat-buat walaupun ramai yang menganggap ia sebuah lakonan, kata Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Reezal Merican berpendapat tangisan Salahuddin itu sebagai cetusan hati ikhlas seorang menteri yang prihatin terhadap nasib golongan petani dan nelayan.
Katanya surat wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud atau mesra dipanggil Wak Ibas itu mewakili naluri hati rakyat.
Beliau juga menegaskan Salahuddin mengambil risiko cukup besar jika kesusahan dan kepayahan golongan petani dan nelayan mahu disandiwarakan.
"Kalau tangisan Menteri itu mahu kita isbatkan dengan kesusahan rakyat; golongan petani, penternak, peladang dan nelayan mungkin masih punya harapan.
"Kita doakan sahaja Menteri Pertanian mampu "bersuara" lebih lantang di dalam kabinet yang seperti tidak mempedulikan kesusahan rakyat. Menteri Pertanian mesti berani menyanggah langkah penjimatan yang membebankan rakyat.
BACA: Surat kiriman petani, nelayan buat Salahuddin sebak
"Menteri jangan sekadar menangis lagi; tapi menaruh iltizam tinggi untuk memperjuang maslahat rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Reezal Merican juga menyeru semua pihak tidak menghina usaha yang baik biarpun berbeza idealogi politik.
Pada Khamis, Salahuddin menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan Wak Ibas pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya.
Topic Berkaitan
#golongan petani
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#linangan air mata
#Malaysia
#nelayan
#petani
#Reezal Merican Naina Merican
#Salahuddin Ayub
#tangisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan