Tangkak diisytihar sebagai daerah pelancongan, malam tadi, sejajar hala tuju kerajaan Johor dan Pelan Induk Perancangan Negeri Johor 2016-2020 untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi di daerah itu.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata Tangkak bertuah kerana dianugerahkan keindahan alam semulajadi yang sering menjadi tumpuan pelancong, khususnya Gunung Ledang yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna.
"Sebagai langkah awal, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM200,000 untuk mewujudkan taman mini ajaib di sebelah Masjid Tangkak dan peruntukan memperindahkan lanskap kawasan Tol Tangkak dengan spesies tumbuhan Gunung Ledang manakala Tol Bukit Gambir akan dihiasi tumbuhan hutan negeri Johor bernilai RM800,000.
"Di samping itu, peruntukan sebanyak RM200,00 diluluskan bagi membina skrin elektronik di Dataran Ledang bagi kemudahan penduduk Tangkak menonton perlawanan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran daerah Tangkak sebagai daerah pelancongan dan Pelan Pembangunan Strategik Majlis Daerah Tangkak 2016-2020 sempena program Semarak Johor Tangkak 2016 di Dataran Ledang, di sini malam tadi.
Program Semarak Johor Tangkak 2016 merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Turut dilancarkan serentak ialah buku mewah bertajuk 'Biodiversity of Gunung Ledang-Mountaineering the Nature' yang dihasilkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Hamim yang juga anggota Parlimen Ledang berkata terdapat 22 produk pelancongan lama dan baharu dikenal pasti dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Tangkak 2016-2020 dan hasil kajian tersebut menyasarkan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang bakal memacu ekonomi daerah berkenaan.
Beliau berkata antara produk tersebut adalah sawah padi di Sawah Ring, perusahan cendawan, memancing udang galah di Sungai Muar, tanaman sayuran di seluruh daerah Tangkak, pelbagai kebudayaan serta pusat tekstil dan pakaian di bandar Tangkak.
"Peluang ini mestilah direbut dan digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk Tangkak kerana sektor pelancongan sebenarnya mampu menjana pulangan lebih lumayan.
"Industri pelancongan juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia umpamanya dalam bidang perhotelan, pengangkutan, perusahaan ringan dan bidang lain yang berkaitan dengan sektor pelancongan," katanya.
Menurut Hamim, dalam keghairahan mengaut keuntungan sektor pelancongan, aspek pemuliharaan alam sekitar perlu diambil berat supaya anugerah yang tidak ternilai di Tangkak itu dapat mendatangkan manfaat berganda kepada semua pihak.
Katanya, kerajaan persekutuan dan kerajaan Johor juga akan memberi penekanan dalam meningkatkan kedatangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
"Untuk masa hadapan, beberapa tarikan baharu akan dibina di Tangkak antaranya ialah litar perlumbaan di Gerisik dan pusat pameran perabot bagi menambah tarikan di daerah ini," katanya.
Bernama
Sun May 01 2016
Tangkak diisytihar sebagai daerah pelancongan, sejajar hala tuju menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi di daerah itu.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
Tangkak diisytihar sebagai daerah pelancongan
Tangkak diisytihar sebagai daerah pelancongan, sejajar hala tuju menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi di daerah itu.