IPOH: Tangkap layar tular memaparkan seorang lelaki memberikan komen berbaur perkauman di laman sosial Facebook adalah kejadian pada 2019, yang ditularkan semula hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata ini hasil siasatan pihaknya yang telah mengesan sebaran sebuah tangkap layar di Facebook 'Kerajaan Perpaduan YDPA'.
"Semakan mendapati tangkap layar berkenaan adalah dipetik pada 2019 yang telah kita semak hasil laporan polis di Balai Polis Lahat mengenai isu sama.
"Kes itu telah disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 malah tertuduh telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman RM1,000 dan RM5,000 serta tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret dan Sesyen Ipoh, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yahaya berkata tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan isu-isu sensitif sehingga boleh mengancam ketenteraman awam.
"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi lanjut sekiranya telah menerima tangkap layar berkenaan.
"Jangan kita tularkan sesuatu isu yang lama atau dikitar semula kerana ia boleh datangkan mudarat serta kegusaran dalam kalangan masyarakat, jangan kongsi jika tidak pasti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022
Yahaya mengingatkan, jangan ditularkan sesuatu isu lama atau dikitar semula kerana ia boleh datangkan mudarat serta kegusaran dalam kalangan masyarakat. - Gambar fail
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Isu 3R, diesel tidak wajar dimanipulasi pada PRK DUN Mahkota
Muhammad Faiz berkata pembangkang seharusnya bersikap lebih konstruktif dan progresif dengan mengetengahkan isu yang memberi manfaat.
Guna kebebasan media secara bertanggungjawab elak mudarat kepada masyarakat
Dalam usaha untuk mengukuhkan rangka kerja sedia ada tidak bermakna Malaysia akan menindas kebebasan media.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRN: Jangan sentuh isu sensitif - Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pul