IPOH: Pengguna Lebuhraya Utara Selatan dari laluan Changkat Jering menuju arah selatan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif atau keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar berikutan aliran trafik sesak disebabkan kemalangan.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada Rabu memaklumkan, terdapat kemalangan membabitkan sebuah lori tangki di Kilometer 265.6.

Nahas berkenaan menyebabkan kedua-dua lorong arah selatan ditutup dan trafik sesak hampir enam kilometer.

Pusingan U di Terowong Menora ke Ipoh juga telah diaktifkan bagi mengawal kesesakan yang berlaku.




Dalam kejadian jam 6 petang itu, sebuah lori tangki membawa muatan petroleum telah terbabas ke bahu jalan dan mengakibatkan berlakunya kebocoran pada dua tangki petrol.

Maklumat Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya memberitahu, operasi dijangka selesai antara jam 3 dan 4 pagi. - Sinar Harian