MALAYSIA
TaniStats bantu pengguna pantau harga di ladang, borong, runcit - Ketua Perangkawan

Dron udara (UAV) dan darat (UGV) digunakan bagi meracun dan membaja di ladang integrasi moden di Labu Hilir. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang awam kini boleh memantau harga produk pertanian di tiga peringkat berbeza melalui satu platform iaitu TaniStats.
Ringkasan AI
- TaniStats membolehkan orang awam memantau harga produk pertanian di tiga peringkat ladang, pemborong, dan peruncit melalui ciri myAgroPrice, meningkatkan ketelusan rantaian bekalan makanan.
- Platform ini turut memaparkan kisah kejayaan dan prospek tanaman untuk menggalakkan penglibatan generasi muda, walaupun data menunjukkan penyertaan belia dalam sektor ini masih rendah.
- Kerajaan disaran menyediakan latihan pertanian secara berpakej yang merangkumi bimbingan dan akses kepada tanah, bagi memastikan graduan pertanian dapat memulakan kerjaya dengan lebih berkesan.
Jelasnya, platform data terbuka itu juga mengandungi pelbagai maklumat lain yang boleh memberi penjelasan kepada khalayak awam mengenai realiti sektor pertanian dalam negara.
“Data pertanian ini boleh meninjau prospek tanaman yang ditanam di atas tanah berkeluasan, misalnya, satu dan dua ekar.
“Kita juga boleh melihat cerita-cerita kejayaan yang kita kumpulkan. Antaranya, 50 kisah kejayaan yang kita letak dalam TaniStats untuk digunapakai oleh anak muda untuk berkecimpung dalam bidang pertanian.
“Bagi orang awam, statistik ini boleh melihat senario bekalan makanan di sesuatu daerah dan kawasan. Lebih menarik untuk pertama kali kita cerakinkan harga di ladang, borong dan runcit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
TaniStats bantu pengguna pantau harga di ladang, borong, runcit – Ketua Perangkawan
Dalam pada itu, antara data yang dipaparkan melalui portal berkenaan menunjukkan 45.4 peratus (458,263 orang) pengendali pertanian ialah individu berumur 60 tahun dan ke atas.Generasi yang lebih muda pula hanya diwakili oleh 18.9 peratus (190,952 orang) dalam kalangan dewasa berusia 31 hingga 45 tahun, manakala hanya 3.3 peratus (33,195 orang) dalam kalangan belia berusia 15 hingga 30 tahun.
Mengulas mengenai dapatan berkenaan, Pengerusi Eksekutif Institut Agro dan Keusahawanan (IGROW), Nordin Abdul Malek, dalam temu bual sama, berkata kerajaan perlu mengubah strategi untuk meningkatkan penglibatan orang muda dalam sektor pertanian.
“Latihan berpakej yang perlu diberikan iaitu latihan, bimbangan dan pemantauan. Kita gagal menyediakan latihan berpakej. Selepas habis sahaja latihan, graduan mahu tanah (untuk mula bertani), di mana mereka mahu dapatkan?
"Saya juga lahirkan graduan-graduan ini setiap tahun, dan itulah masalah paling besar. Mahu sewa dan pajak tanah juga tidak ada. Sudah tiba masanya kerajaan lihat latihan ini secara berpakej,” katanya.
Dialog Poket Rakyat: Banci Pertanian 2024 | Potensi & cabaran keterjaminan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami