awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2021
12:54 MYT
Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba
Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menegaskan, antara yang dilakukan oleh Taiwan ialah semua pihak bekerjasama ketika berdepan ancaman COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mencontohi Taiwan yang berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19 tanpa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (lockdown), kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.
Menurut Dr Adeeba, tiga buah negara lain yang juga berjaya mengawal penularan pandemik ini termasuklah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.
Beliau menjelaskan, antara yang dilakukan oleh Taiwan ialah semua pihak bekerjasama ketika berdepan ancaman COVID-19.
"Mereka menutup sempadan. Kedua, mereka juga menggunakan teknologi digital secara sangat menyeluruh. Jadi, ujian, pengesanan kontak, isolasi dan semua ini disokong oleh teknologi digital.
"Ketiga, mereka betul-betul menghayati semua pendekatan masyarakatnya, semua agensi bekerjasama termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik bekerjasama," katanya ketika ditemubual Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam program Sinar Live pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai negara-negara yang tidak menjalankan perintah sekatan pergerakan atau 'lockdown' tetapi ekonomi mereka bergerak seperti biasa dan impak mereka yang dijangkiti tidak seteruk seperti dijangkakan.
Dr Adeeba menjelaskan, Malaysia juga boleh mempelajari daripada negara lain seperti Vietnam selain dengan pendekatan yang diambil oleh Bhutan dan Rwanda iaitu mobilisasi akar umbi.
"Ya, Rwanda adalah sebuah negara miskin di Afrika. Rwanda selepas mengalami kesukaran namun mereka bangkit membina (semula) sistem kesihatan, bukan sahaja untuk respons COVID-19 tetapi mereka juga adalah negara contoh dalam menangani HIV," kata Dr Adeeba lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Adeeba Kamarulzaman
#Taiwan
#Vietnam
#bhutan
#rwanda
#Malaysia
#total lockdown
#pandemik
#COVID-19
#WHO
#sekatan pergerakan penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan