ALOR SETAR: Menyedari peningkatan kos sara hidup yang semakin menghimpit, sepasang suami isteri di Simpang Empat, Alor Setar bertekad berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan makanan percuma kepada golongan memerlukan.
Jaffri Ahmad, 60, dan isterinya, Mazlina Makaruddin, 57, mengambil inisiatif membuka 'Rumah Makan Percuma' (RMP) untuk memberi makanan percuma kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan status.
Menurut Jaffri, yang juga Presiden Bismi Empire, mereka telah membuka RMP sejak empat tahun lalu sebaik pulang daripada menunaikan umrah selepas melihat masyarakat di Makkah berlumba-lumba memberi makanan percuma terutama ketika Ramadan.
Katanya, keazaman itu semakin menebal susulan negara ketika itu dilanda pandemik COVID-19 yang mengakibatkan ramai rakyat terkesan.
“Setelah saya, isteri dan keluarga berbincang, kami semua setujulah untuk kami tubuhkan RMP percuma ini. Dari situ kita rancang macam mana kita nak wujudkan rumah makan percuma ini.
“Tempat pun dah ada, kebetulan bahan makan yang akan kami sediakan, boleh diperoleh daripada syarikat kami yang memang terlibat dalam perniagaan ayam... dan ayam ini kami gunakan untuk RMP,” katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Mazlina, pada permulaan mereka menyediakan makanan untuk 550 orang setiap hari.
“Pada awalnya macam-macam terlintas di fikiran... siapa yang nak datang makan? Berdebar-debar juga menunggu hari pertama bila kami lancar RMP. Tak ada gunanya kami buat persediaan... buat menu istimewa untuk memberi makan kalau tak ada orang yang nak datang makan.
“Tetapi alhamdulillah, pada hari pertama pembukaannya, makanan semua habis,” katanya.
Beliau berkata rumah makan percuma itu beroperasi bermula 12 tengah hari hingga 1.30 petang setiap hari dan pada bulan Ramadan, makanan dalam pek diedarkan bermula jam 5 hingga 7 petang.
Sementara itu bagi golongan yang menikmati makanan percuma itu, mereka menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pasangan suami isteri itu yang disifatkan pemurah.
Rata-rata mereka ditemui datang bersama keluarga dan ada juga yang datang bersendirian terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan bangsa.
Bagi Halimah Ismail, 58, katanya makanan percuma itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian.
“Alhamdulillah, mereka bagi orang makan tak kira bangsa... semua makan di sini... kira alhamdulillah rezeki dia melimpah ruah. Pada mulanya, beberapa orang sahaja yang datang makan, tapi kini ramai yang datang.
“Alhamdulillah kita pun tumpang seronok bila datang, bercampur dengan orang lain yang mendapatkan bantuan makanan di sini," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Apr 11 2024
RMP dibuka sejak empat tahun lalu dan memberi manfaat kepada ramai golongan memerlukan. - Gambar/ FB Rumah Makan Percuma
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Tanpa mengira bangsa dan agama, Rumah Makan Percuma bantu golongan memerlukan
Jaffri Ahmad, 60, dan isterinya, Mazlina Makaruddin, 57, mengambil inisiatif membuka 'Rumah Makan Percuma' (RMP) untuk memberi makanan percuma kepada sesiapa sahaja.
Pasangan suami isteri beri makan percuma di Alor Setar
Rumah Makan Percuma di Simpang Empat, Alor Setar diasaskan oleh Jaffri Ahmad dan isteri untuk bantu golongan kurang berkemampuan.