MALAYSIA
Tapak dibadai ribut, lapan peniaga terima bantuan segera - Setiausaha Politik PM

Sejurus menerima laporan, Farhan bersama pasukan ke lokasi kejadian bagi melihat sendiri kerosakan serta mendengar keluhan peniaga. - Foto FB Farhan Ahmad
KUALA LUMPUR: Seramai lapan peniaga di Kampung Padang, Kuantan yang terjejas akibat ribut pada Khamis lalu menerima bantuan awal segera bagi meringankan beban kerugian mereka.
Ringkasan AI
- Lapan peniaga di Kampung Padang, Kuantan terjejas akibat ribut pada Khamis lalu menerima bantuan awal segera bagi meringankan beban kerugian.
- Bantuan disalurkan dengan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
- Setiausaha Politik PM, Datuk Farhan Fauzi turun padang ke lokasi kejadian, meninjau kerosakan dan mendengar keluhan peniaga bagi merancang pemulihan perniagaan.
"Insya-Allah, usaha ini menjadi permulaan agar lapan peniaga di Kampung Padang dapat bangkit kembali dan memulakan semula perniagaan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Sabtu.
Jelas beliau, lapan buah tapak niaga di Kampung Padang telah mengalami kerosakan akibat dibadai ribut pada Khamis lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami