KUALA KRAI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor tapir jantan seberat 200 kilogram ke Taman Negara Sungai Relau, Pahang, hari ini.
Pengarahnya Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata tapir itu dipindahkan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai haiwan itu yang ditemukan terperangkap di dalam lubang di kawasan kebun di Kesedar Baru Chenulang, di sini semalam.
"Sepasukan anggota Perhilitan Kuala Krai telah ke tempat kejadian dan mendapati seekor tapir jantan terjatuh ke dalam lubang di kawasan kebun getah milik seorang penduduk kampung terbabit.
"Berdasarkan siasatan, pekebun berkenaan didapati membuat lubang itu bagi tujuan perladangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ady Ermanty Haniff berkata pemantauan terhadap kesihatan luaran mendapati tapir itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata tapir itu diberikan makan dan minum sebelum operasi mengeluarkannya dari lubang itu dijalankan, yang diketuai Ketua Perhilitan Kuala Krai Azhan Ab Razak.
Katanya orang ramai disarankan supaya menghubungi Jabatan Perhilitan sekiranya terdapat hidupan liar yang perlu diselamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 07 2021
Tapir diberikan makan dan minum sebelum operasi mengeluarkannya dari lubang dijalankan. - Foto Bernama / Jabatan Perhilitan Kelantan
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Tapir seberat 200kg diselamatkan di Kuala Krai
Aduan orang awam diterima mengenai haiwan itu yang ditemukan terperangkap di dalam lubang di kawasan kebun di Kesedar Baru Chenulang.
Penduduk kampung gempar kehadiran 'raja ular' sepanjang enam meter
Penduduk Kampung Kura Melayu Jeneri, Sik, Kedah gempar apabila perkampungan tersebut dikunjungi Raja Ular sepanjaang enam meter di sebuah rumah yang dalam proses pembinaan pada Sabtu malam.
Syarat ketat pemilikan senjata api
Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan pemilikan lesen dan permit senjata api.
Kemunculan beruang matahari resahkan penduduk Kampung Baru
Beruang itu dipercayai bukan sahaja berkeliaran di kampung berkenaan malah turut merosakkan tanaman penduduk.
ADUN perlu berhujah dengan fakta dan bukan membuat fitnah - Adly
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari meminta semua Ahli Dewan Undangan Negeri menggunakan fakta ketika berhujah dan berbahas di dalam dewan.
Empat pemburu haram warga asing diberkas di Hutan Royal Belum dan Temengor
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak Dr Abdul Aziz Bari berkata, kesemua mereka terdiri daripada warganegara Thailand
Penyanyi mengaku tidak bersalah simpan, kurung anak beruang
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Persepsi membarah konflik manusia-kera di Malaysia
Konflik manusia-kera ini secara utamanya terjadi apabila faktor antropogenik seperti perubahan pola penggunaan tanah, banyak menghasilkan kawasan pinggir hutan.
Gempar! Ular sawa 120kg masuk kampung
Kehadiran reptilia sepanjang tujuh meter itu disedari sekitar jam 10.30 pagi oleh dua lelaki ketika menjalankan kerja mengait buah.
Hentikan jual beli hidupan liar dalam talian - Wan Junaidi
Janganlah jadi penyumbang kepada kepupusan hidupan liar di negara ini, sebaliknya jadilah mereka yang melindungi haiwan ini dalam habitatnya sendiri.