awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung gempar kehadiran 'raja ular' sepanjang enam meter

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/02/2021
22:31 MYT
Penduduk kampung gempar kehadiran 'raja ular' sepanjang enam meter
Ular tedung selar sepanjang 6 meter itu berjaya ditangkap selepas 10 minit. -Foto BSYJM
SIK: Penduduk Kampung Kura Melayu, Jeneri, di sini, gempar dengan penemuan seekor ular tedung selar sepanjang enam meter di sebuah rumah yang dalam proses pembinaan pada Sabtu malam.
Reptilia yang digelar "raja ular" itu ditemui seorang penduduk yang masuk ke dalam rumah itu selepas terdengar bunyi seakan ayam mengeram.
Pasukan Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) yang dikerah ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 9.30 malam mengambil masa hampir 10 minit untuk memerangkap haiwan tersebut.
“Reptilia itu berkemungkinan sesat masuk ke dalam rumah berikutan musim cuaca panas dan ia mencari kawasan berlindung.
“Kita akan serahkan ular tersebut kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut,” kata Pengerusi BSYJM Mahadzir Abdul Hamid.
Mahadzir memaklumkan reptilia berkenaan merupakan yang terbesar melibatkan pihaknya di daerah Sik setakat ini.
Topic Berkaitan
#tedung selar
#ular 6 meter
#BSYJM
#Mahadzir Abdul Hamid
#Bridget Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia
#Jabatan Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan