awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian seksi: Tindakan sewajarnya perlu diambil

Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
Ruzaini Zulkepli, Fifi Harteeny Marzuki
24/06/2018
11:07 MYT
Tarian seksi: Tindakan sewajarnya perlu diambil
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi hari ini mengesahkan laporan polis berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil.
Insiden dua pelancong asing yang dilaporkan membuat tarian seksi di atas pagar pekarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini mencetuskan kemarahan masyarakat di Sabah.
Gelagat pelancong tersebut yang sempat dirakamkam oleh penduduk setempat itu tular di laman sosial dan rata-rata ramai pihak mahukan satu tindakan segera diambil bagi menangani permasalahan terbabit supaya tidak berulang lagi.
Video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan dua wanita berkenaan melakukan aksi tidak senonoh tersebut di atas pagar dengan berlatar belakangkan masjid.
Yang Dipertua Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS), Datuk Nani Sakam menyarankan supaya pihak berwajib mengambil insiatif sewajarnya bagi memulihara kesucian tempat beribadah daripada terus dicemari para pelancong asing tidak beretika.
Kelihatan dua pelancong asing naik di atas pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan menari aksi seksi.
Kelihatan dua pelancong asing naik di atas pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan menari aksi seksi.
Menurut beliau, pihaknya enggan menuding jari kepada mana-mana pihak memandangkan perkara itu perlu diperhalusi sebaik mungkin termasuklah menggariskan panduan semula kedatangan pelancong untuk merakamkan foto atau bergambar dengan masjid yang menjadi tarikan ramai itu.
"Jadi tujuan kita itu memberi laporan agar pihak Kementerian Pelancongan Sabah mengambil tindakan lanjut.
"Ini kerana kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia menjejaskan sensiviti umat Islam khususnya di negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pengamal media selepas membuat satu laporan polis berhubung insiden tular itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Sabtu.
NANI (tengah) ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu.
NANI (tengah) ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi hari ini mengesahkan laporan polis berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil.
Terdahulu, dalam tinjauan di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada petang tadi menyaksikan perkarangan rumah ibadah itu lenggang dengan kedatangan pelancong selepas pihak pengurusannya menguatkuasakan larangan serta-merta pelancong luar untuk memasuki masjid pada hari ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Nani Sakam
#gelagat
#Kota Kinabalu
#Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
#masyarakat Sabah
#Media
#pelancong
#Pelancong asing
#pelancongan
#polis
#rumah
#tarian seksi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan