PUTRAJAYA : Tarif baharu Tarif Elektrik Hijau (GET) ditetapkan pada kadar 21.8 sen/kWj berkuat kuasa 1 Ogos ini, menyaksikan peningkatan lebih enam kali ganda berbanding kadar sedia ada.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau, penetapan itu adalah berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.
"Sementara itu, kadar pemium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj dikekalkan sehingga 31 Julai ini.
"Mengambil kira bahawa ketetapan baharu ini akan melibatkan peningkatan kepada kadar tarif premium GET sedia ada, pengguna sedia ada akan diberi tempoh sehingga 31 Julai ini untuk mengesahkan semula langganan.
"Pengguna yang tidak memberi sebarang pemakluman akan ditamatkan langganan secara automatik," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, pada Jumaat.
Nik Nazmi memaklumkan pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melakukan penyesuaian terhadap bil elektrik bagi pengguna elektri yang terlibat.
Katanya, had kuota 30 peratus yang ditetapkan sebelum ini kepada langganan GET juga akan dimansuhkan.
"Ini bermaksud pengguna boleh melanggan GET sehingga 100 peratus keperluan tenaga," jelasnya.
Dengan ketetapan itu, katanya kerajaan berharap pengguna akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi terhadap program GET.
"Ini kerana proses penawaran dan kendalian program ini dilakukan berasaskan prinsip sistem penjanaan dan pembekalan elektrik hijau.
"Pada masa sama langganan GET turut memberikan nilai tambah dalam menyokong usaha peralihan tenaga negara melalui pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalab elektrik negara," ujarnya.
Menurutnya, hasil kutipan daripada pelaksanaan GET itu akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan peningkatan kapasiti baharu TBB dalam sistem pembekalan elektrik negara.
Selain itu, beliau memberitahu, pengguna GET akan diberi pengecualian caj Imbalance Cost Pass Through (ICPT) kerana penjanaan daripada TBB tidak melibatkan penggunaan bahan api fosil.
Program ini diperkenalkan pada 2022 iru merupakan inisiatif strategik kerajaan dalam menawarkan bekalan elektrik yang dijana daripada sumber TBB kepada pengguna elektrik TNB yang berhasrat untuk mengurangkan jejak karbon.
Untuk tahun ini, penawaran langganan GET yang dibuka pada Februari lalu dengan jumlah kuota 6,600GWj pada kadar premium 3.7 sen/kWj habis dilanggan 2,361 pengguna dari kategori domesti, komersial dan industri.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 14 2023
![Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683976359_NikNazmi.jpg)
Menurut Nik Nazmi, penetapan tarif baharu itu adalah berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama. - Gambar fail
![53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza 53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735916327_TBdeiralbalah.jpg)
53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.
![Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736833151_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
![Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731734416_tbBAMGohSoonHuat.jpg)
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.
AWANI Ringkas: SARA guna MyKad diperluas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi
Kemalangan: 23 cedera bas langgar belakang lori kontena
Sebanyak 23 penumpang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Nibong Tebal awal pagi tadi.
[TERKINI] Guru didakwa cabul murid darjah enam dalam rumah hantu
Seorang guru lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan tahun enam dalam rumah hantu karnival sekolah.
![Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736334203_rasuahSPRMPerlis.jpg)
Pengurus akaun badan berkanun di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun yang direman bagi siasatan kes menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng wang kira-kira RM600,000 dilepaskan dengan jaminan SPRM.
![Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736827211_KhabibNurmagomedov.jpg)
Majlis Hubungan Amerika-Islam tuntut siasatan, keadilan isu Khabib-Frontier
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memberikan sokongan penuh kepada bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, yang dihalau keluar daripada Frontier Airlines.
Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata Mohd Basyir Che Ali, 36, yang menaiki kereta Proton Saga itu bersama isterinya Murni Md Nor, 37, dipercayai berlanggar dengan sebuah toyota hilux sebelum terbabas dan terbakar.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Bukit Kledang
Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia ketika mendaki Bukit Kledang, Pasir Puteh pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya dimaklumkan tentang keadaan mangsa yang dikatakan mengalami sesak nafas.
![Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683976359_NikNazmi.jpg)
Tarif baharu GET ditetapkan pada 21.8 sen/kWj, naik enam kali ganda
Penetapan itu berdasarkan kepada penanda aras harga runcit bekalan elektrik hijau di negara jiran yang menawarkan produk sama.