KOTA BHARU: Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat yang berdepan dengan cabaran pada waktu ini.
Itu janji Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut memaklumkan, dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
"Pertama sekali, tenaga mencukupi dan keduanya, kadar pembayaran yang perlu dibuat ini berkaitan tarif eletrik tidak membebankan rakyat, ini dasar Kerajaan Prihatin.
"Oleh sebab itu kita akan cuba sebaik mungkin dalam rangka kita mempertingkatkan kuota perlu untuk beri perhidmatan bermutu dan ianya tidak melibatkan peningkatan tarif.
"Saya sedang cuba sekurang-kurangnya dalam masa ini supaya tidak membebankan rakyat dan saya memberi jaminan tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum ada apa-apa semakan," katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah badan korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal perniagaan merupakan teras utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Namun TNB perlu mencari jalan untuk mengimbangi antara perkhidmatan dan perniagaan walaupun TNB mempunyai hak untuk membuat semakan dalam tempoh tempoh tertentu.
Mengulas mengenai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kementeriannya juga turut menyediakan pelan jangka panjang dan pendek.
Antaranya memastikan bekalan tenaga negara mencukupi termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui.
Muhafandi Muhamad
Sun Sep 26 2021
Takiyuddin berkata, dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
NETR bawa kesan limpahan ekonomi kepada kontraktor kecil - Pengarah Urusan Gading Kencana
Dasar kerajaan telah memberi kesan limpahan ekonomi yang positif kepada kontraktor kecil dan mengembangkan kek ekonomi negara.
Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin
Dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik
TNB menasihatkan orang ramai agar mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi dengan pihak-pihak lain.
PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat
Kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menjadikan keadaan semakin gawat dan rakyat gelisah.