Kementerian Komunikasi dan Multimedia menunggu keputusan Kongres Khas Universal Postal Union (UPU) yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland berkaitan kadar kiriman pos keluar negara dan berpotensi memberi kesan secara langsung kepada Malaysia.
Menterinya, Gobind Singh Deo ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana kongres khas itu masih berlangsung dan hanya akan berakhir pada Khamis ini (26 September).
“Saya tidak akan memberikan komen mengenai perkara ini sehingga mesyuarat tersebut berakhir.
“Kami akan menunggu mesyuarat itu berakhir dan akan membuat perubahan selepas keputusan dibuat.
“Hal ini kerana apa yang saya katakan sekarang akan merumitkan keadaan atau menberi kesan kepada perbincangan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pada Persidangan GSMA Mobile 360 Digital Societies di Hotel JW Marriot pada Selasa.
UPU mengadakan kongres khas tersebut susulan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menarik negara itu daripada kesatuan berkenaan.
Penarikan diri AS daripada kesatuan antarabangsa tersebut barangkali bermaksud kadar penghantaran yang lebih tinggi bagi beberapa jenis penghantaran seperti bungkusan dengan berat tertentu.
Dikhuatiri tindakan AS itu boleh menyebabkan peningkatan harga penghantaran bungkusan di negara lain, termasuk Malaysia yang merupakan anggota kesatuan antarabangsa yang berusia 145 tahun itu.
Isabelle Leong
Tue Sep 24 2019
GOBIND: Kami akan menunggu mesyuarat itu berakhir dan akan membuat perubahan selepas keputusan dibuat. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing.
Ukraine sedia berunding dengan Rusia - Trump
Zelensky dan Ukraine mahu membuat perjanjian [dengan Rusia] dan menghentikan kegilaan ini, kata Presiden Terpilih AS.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik David Sacks ketuai Agensi AI dan Kripto
Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.