awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta

Bernama
Bernama
19/08/2023
09:55 MYT
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews berkata walaupun kos berjuta-juta dolar, kerajaan akan menjimatkan berbilion-bilion dolar dan dapat menyelesaikan perkara itu. - Gambar fail/www.danandrews.com.au
SYDNEY: Negeri Victoria di Australia akan membayar sebanyak AUD380 juta (AS$243 juta) selepas negeri itu memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, lapor Xinhua.
Penyelesaian kewangan itu, yang diumumkan kerajaan negeri Victoria pada Sabtu, dicapai selepas rundingan antara Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Perkongsian Persekutuan Sukan Komanwel (CGFP), Sukan Komanwel Australia (CGA) dan Victoria.
Victoria bersetuju untuk membayar jumlah itu kepada CGF, CGFP dan CGA, manakala kesemua pihak bersetuju bahawa model serantau berbilang hab lebih mahal untuk dihoskan berbanding model tradisional.
Pada pertengahan Julai, kerajaan Victoria mengumumkan untuk membatalkan rancangan untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 kerana kos yang "terlalu tinggi" iaitu lebih AUD 6 bilion (AS$3.8 bilion).
Kerajaan negeri dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata semua pihak "membuat konsesi yang sesuai" untuk mencapai penyelesaian itu. Syarat penyelesaian akan kekal sulit.
Bercakap kepada media, Ketua Menteri Victoria Daniel Andrews berkata walaupun kos berjuta-juta dolar, kerajaan akan menjimatkan berbilion-bilion dolar dan dapat menyelesaikan perkara itu.
Andrews berkata penyelesaian itu adalah pilihan terbaik untuk kerajaan dan mencabar bayaran penalti akan mengakibatkan tuntutan mahkamah yang berpanjangan dan berlarutan selama bertahun-tahun.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sukan Komanwel
#Victoria
#tarik diri
#penalti
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan