awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik lesen pemilik bengkel buat ubah suai haram - Pakar

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2022
00:20 MYT
Tarik lesen pemilik bengkel buat ubah suai haram - Pakar
Permintaan tinggi untuk mengubah suai dan meningkatkan kelajuan motosikal bagi tujuan lumba haram menyebabkan pemilik bengkel terus menjalankan perniagaan. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemilik bengkel yang dikenal pasti menjalankan khidmat mengubah suai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu ditarik semula lesen perniagaan mereka.
Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan atau pemasangan aksesori yang tidak mengubah identiti dan tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.
Menurutnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menyatakan mana-mana individu tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan sama ada motosikal atau kereta termasuk kenderaan komersial melebihi modifikasi yang ditetapkan.
“Penguat kuasa mesti ambil tindakan serta-merta dan beri hukuman paling berat kepada pemilik, termasuk menarik semula lesen perniagaan.
“Jika sudah dapat bukti bahawa pemilik bengkel ubah suai motosikal sehingga tidak diterima oleh JPJ, ia sudah menjadi bukti kukuh untuk mereka diambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di kawasan tersorok.
“Tapi masalahnya mereka (pemilik bengkel) buat (ubah suai) secara senyap-senyap. Jadi di mana kita nak cari lokasi mereka?” soalnya.
Ujar beliau, permintaan yang tinggi untuk mengubah suai dan meningkatkan kelajuan motosikal bagi tujuan lumba haram menyebabkan pemilik bengkel akan terus menjalankan perniagaan meskipun sedar ia menyalahi peraturan jalan raya.
“Kena ingat, tidak ada permintaan maknanya tidak ada penawaran. Sekarang ada permintaan yang tinggi, jadi pemilik bengkel ini tidak akan berhenti.
“Persoalannya, bagaimana kita nak hentikan permintaan itu?
“Ramai kata polis kena buat kerja, tapi ada kalanya kita pun kasihan dengan polis kerana sebenarnya agak sukar untuk mat rempit dimasukkan ke penjara, melainkan mereka menyebabkan kemalangan yang membawa kematian,” jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ubah suai haram
#Law Teik Hua
#JPJ
#modifikasi berlebihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan