MALAYSIA
Tarikh akhir pengaktifan semula polisi/sijil MHIT dilanjut sehingga 31 Ogos

Langkah ini bertujuan membantu pemegang polisi yang terjejas akibat penetapan semula harga pada 2024.
KUALA LUMPUR: Semua penanggung insurans dan pengendali takaful bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir bagi pengaktifan semula polisi dan sijil insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) tanpa mengenakan tempoh menunggu dari 30 Jun, 2025 kepada 31 Ogos, 2025.
Ringkasan AI
- Tarikh akhir pengaktifan semula polisi dan sijil MHIT dilanjutkan hingga 31 Ogos 2025, tanpa tempoh menunggu, pemeriksaan perubatan atau pengisytiharan kesihatan baharu.
- Langkah ini bertujuan membantu pemegang polisi yang terjejas akibat penetapan semula harga pada 2024, termasuk mereka yang menyerahkan atau membatalkan polisi terdahulu.
- Industri insurans tekankan pendekatan berperikemanusiaan dan inklusif, bagi memastikan perlindungan kesihatan rakyat kekal berterusan di tengah ketidaktentuan ekonomi.
"Ia juga mencerminkan komitmen berterusan industri untuk menyediakan perlindungan jangka panjang kepada rakyat Malaysia, terutamanya dengan membantu pemegang polisi atau sijil yang mungkin telah menyerahkan atau membatalkan polisi, polisi atau sijil perubatan yang telah luput disebabkan pelarasan premium atau caruman di bawah pelaksanaan penetapan semula harga MHIT pada 2024," kata mereka.
Di bawah pengaktifan semula yang diumumkan pada Disember 2024, pemegang polisi atau sijil yang telah menyerahkan atau membatalkan polisi atau sijil MHIT mereka telah luput pada 2024 disebabkan penetapan semula harga, layak untuk mengaktifkan semula polisi atau sijil asal mereka tanpa memerlukan pengunderaitan tambahan.
Dengan lanjutan ini, pemegang polisi atau sijil kini mempunyai masa sehingga 31 Ogos, 2025 untuk memohon pengaktifan semula.
"Lanjutan ini bagi memastikan mereka yang mungkin terlepas tarikh akhir sebelum ini tidak tercicir, terutamanya mereka yang berada di luar bandar atau kawasan yang kurang mendapat akses digital, sekali gus memberikan semua pemegang polisi peluang yang sama untuk memulihkan perlindungan mereka," kata mereka.
Menurut persatuan-persatuan itu, pilihan pengaktifan semula ini menekankan pendekatan industri yang proaktif dan berperikemanusiaan dalam mengekalkan perlindungan jangka panjang untuk rakyat Malaysia.
"MHIT terus berperanan sebagai jaringan keselamatan yang penting untuk individu dan keluarga, dan langkah ini membantu mengekalkan perlindungan berterusan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.
"Pemegang polisi atau sijil digalakkan untuk menghubungi penanggung insurans atau pengendali takaful masing-masing bagi bantuan lanjut dan untuk memulakan proses pengaktifan semula sebelum 31 Ogos, 2025," kata mereka.
--BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami