PUTRAJAYA: Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata keputusan berkenaan dicapai secara kolektif oleh semua agensi kawal selia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kementerian berkaitan program rekalibrasi itu.
"KDN berpaksikan elemen keselamatan dan ketenteraman awam, Kementerian Sumber Manusia dari aspek keperluan tenaga buruh negara, dan Agensi Kawal Selia (AKS) selaku penyelia kepada setiap sektor yang berkaitan dari segi unjuran keperluan tenaga kerja asing, berdasarkan kelayakan syarat penggajian pekerja asing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung gesaan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) supaya kerajaan membatalkan keputusan mempercepatkan tarikh akhir pengambilan pekerja asing, minggu lepas.
Saifuddin berkata pengekalan tarikh itu membolehkan kerajaan menilai keberkesanan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan mengukur secara tepat keperluan tenaga kerja asing dalam negara.
"Ia bagi membantu kerajaan sebelum membuat pertimbangan tentang keperluan pembukaan kuota penggajian pekerja asing dan membolehkan pemantauan keberkesanan langkah-langkah pelarasan yang telah diputuskan," katanya.
Saifuddin berkata selain itu, ia juga memberi ruang kepada kerajaan untuk meneroka tatakelola pekerja asing yang lebih baik.
Sementara itu, beliau berkata tempoh kemasukan pekerja asing juga wajar dipendekkan selaras dengan hasrat kerajaan menyegerakan proses kemasukan pekerja asing bagi memenuhi keperluan mendesak industri.
"Keputusan ini juga diharapkan dapat mencegah eksploitasi pekerja asing seperti yang dilaporkan oleh pelbagai saluran media sebelum ini," katanya.
Mengenai Program Repatriasi Migran, beliau berkata sebanyak RM2.9 juta kompaun berjaya dikutip menerusi proses penawaran kompaun dan bayaran pas khas sepanjang perlaksanaan program itu yang dilaksanakan bermula 1 Mac sehingga semalam.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, seramai 5,983 pendatang tanpa izin telah mendaftar dengan 1,864 telah pulang ke negara asal.
Saifuddin berkata warga Indonesia merupakan yang paling ramai telah mendaftar untuk pulang ke negara asal dengan seramai 3,115 orang direkodkan, diikuti 846 orang dari Bangladesh dan 700 individu dari India.
Warga negara asing lain yang turut mendaftar untuk pulang ke negara asal termasuk dari Pakistan, Sri Lanka, Nepal Myanmar, Filipina, Yaman, Syria, Mesir, Nigeria, Thailand, Vietnam dan China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Saifuddin berkata, keputusan berkenaan dicapai secara kolektif oleh semua agensi kawal selia di bawah KDN serta kementerian berkaitan program rekalibrasi itu. - Gambar fail/Bernama
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.